0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

 

Waachaaa..

Beberapa minggu ni, aku tersangatlah mengidam nak makan mee bandung muor. Dua minggu lebih aku pendam lelama dalam hati tapi nak pergi sorang memang tak mungkin. Minggu ni, aku dah set dengan yana nak hilangkan kempunan kat restoran kunyah Wangsa Walk. Seperti dijanjikan, aku sampai jugak walaupun terpaksa tawaf lebih 6 kali mencari parking. Krismas punya pasal, jenuh aku pusing wangsa walk. Wuwuwuuu.

Elok aje aku masuk dalam wangsa walk mall, yana macam tau aku lalu kat Cold Storage. Sempat lagi dia pesan suruh beli air botol sebabnya segelas air kat kunyah Rm5++ katanya. Mahal meyhhhh. Tak terfikir lak aku time tu jadi aku bantai aje beli sebotol Mountain Dew. Mulanya nak beli air dalam tin tapi kira punya kira macam rugi jadi aku amek aje sebotol besor tak habis boleh bawak balik! Kedekutkan aku. muahahahaaa.

Ceceee kemain senyum kaw! Bagus jugak beli sebotol sebabnya 2 jam melepak macam tak sedar air dah nak habis. Berbaloi aku beli tapi mustahil kitaorang berdua boleh habiskan sebotol. Perut aku takde laa besor mana nak di isi.

Kitaorang sebenarnya bertiga dan sorang lagi adalah Rayyan Haries. Aku kenal dia masa hantar Myravea kat Selangor punya event jadi secara tak sengaja, dapat kenal mamat ni. Sembang punya sembang sampai tak sedar dah nak maghrib punya la seronok. Baidewey, time jumpa ini bukan setakat sembang kosong tapi banyak borak pasal blog dengan wayang. Sesungguhnya, aku tersangatlah jeles bila dorang boleh jumpa Fazura. Masuk blog dia, terpandang entri Fazura, laju jer jari aku skrol ke bawah. haiyahhh bila laa turn aku nak jumpa dengan Fazura.

P/s: Nex time, kena setting masa awal sikit senang aku nak menimba ilmu dengan korang. Asyik korang aje kaut ilmu aku mane aci meyhhh. Ecehhh perasan pandai pulak. Muahahahaaaaaa.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });