0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

 

Waachaaa..

Dah lama aku tak melayan muvie screening dari nuffnang since tempat premier itu selalunya dekat KLCC jadi nak pergi ke sana haruslah aku berfikir 5-6 kali melainkan hari aku tak keje. Tapi kebetulan pulak, hari tayangan The Smurfs ini kemalasan aku nak pergi kerja berganda – ganda dan bila Cikepal ajak pergi, aku iyekan jer dalam kepala dah berangan – angan berbuka puasa kat sana. Haaa tengok bab makan memang laju jer sudahnya cabaran kurus aku kelaut lagi sekali. Kohkohkoh!

Dalam pukul 6 lebih aku dah sampai sana dan herannya jalan tak jam smooth and clear. huhu! Jalan punya jalan terus heading bersama Cikepal ke food court untuk buka puasa dulu sementara nak pick up tiket kat Tgv Klcc. Bulan puasa, dah tau dahh seat semua penuhhhh but nasib baiklaa aku dapat jugak nun jauh hujunggg sana dekat area Subways. Hujung pon boleeee. Kohkohkoh!

Entah cemana time aku baru dapat table, hah muncul Lelaki Seksi bersama Tiafazunia. Dalam bersesak – sesak, boleh pulak ko nampak kitaorang ye mal. haha!

Menu makanan aku punya, wajib ada nasi tapi kali ini food court klcc special sikit ada booth Mango chilis. Makanan ala – ala thai gituuu but aku sukeeee! Sedapp woaaahhh.

Drumstick ini pulak side order aku sebab nasi tadi cuma tambah ikan 3 rasa dengan kerabu mangga. Memang kena dengan selera timur aku ini. Kohkohkoh!

Dah habis makan – makan, gosip – gosip dengan lelaki seksi dan tia diketuai oleh Cikepal, kitaorang terus ke tgv nak redeem tiket awal – awal takot dapat seat tak best. Jumpa pulak dengan Anne Cheah lagi sekali. huhu!

Dah amek tiket itu, kitaorang menunggu jeklaa depan tgc sementara nak tunggu masuk dalam wayang. Kalau pergi dengan Cikepal, kat mana – mana memang ada peminat dia. Gwen ini salah sorang antara yang tegur Cikepal, yang lain itu aku tak snap sebab aku lost in action. Kohkohkoh!

Tuu dia blogger nuffnang yang dapat tiket free kecuali aku yang numpang Cikepal. huhu! Dari kiri, tia, CikLily, aku, Zarien, Ery Farieha dan CikEpal.

Zarien ini fes time aku jumpa masa kat Alam Sentral time gathering sahabat blogger tahun lepas. Tia pulak fes time aku jumpa masa vlog one tube kat Bukit Bintang. Ery Farieha antara blogger terawal yang aku jumpa masa aku dengan aie batman mula join event nuffnang. Tak silap masa gatby kot? Luper derrr! Kohkohkoh!

Lelaki Seksi? Setiap kali dia ada, aku memang suka sebab suasana sunyi boleh jadi havoc terutama masa berbuka pose baru – baru ini. Nasib ko ada mal, ada jugak mc free kan? haha!

Dulu – dulu punya hal, aku ingat lelaki seksi dengan tia ini kapel. Ke mana – mana, berdua jek. hikhik!

Seminggu sebelum raya ini, banyak masa aku keluar dengan Cikepal. Keluar dengan dia, tak perlu pening nak fikir topik apa, semua dia yang akan stat engine janji ko senyum, ko hangguk, ko gelak. Konpem punyaa tak kering anak tekak. Sama dengan Nisa Kay, blogger yang talkative.

Baidewey, sapa kata blogger otai sombonggg? Tengok dorang, aku rasa aku pulak yang macam sombong takde topik nak borak. Kohkohkoh!

Dah sampai masa, dengan tak sabarnya terus masuk nak tengok filem The Smurfs aka budak berbadan biru. Apakebenda The Smurfs ini? Meh layan sinopsis The Smurfs aka orang biru!

Diangkat dari sebuah komik oleh kartunis asal Belgia, Pierre Culliford alias Peyo, The Smurf menceritakan kehidupan  makhluk kecil berwarna biru yang tenteram dan damai di desa mereka. 
Sampai akhirnya seorang penyihir jahat bernama Gargamel (Hank Azaria) bersama kucingnya menemukan desa smurf yang tersembunyi.
Untuk menghindari rencana jahat Gargamel, para Smurf pun melarikan diri dan mencari tempat persembunyian.
Clumsy Smurf (Anton Yelchin) masuk ke dalam gua kecil untuk bersembunyi. Padahal itu sebenarnya adalah gua terlarang. Celakanya, beberapa Smurf lain ternyata malah mengikuti Clumsy Smurf masuk ke gua itu. Sebelumnya Papa Smurf (Jonathan Winters) sempat memperingatkan agar tak ada Smurf yang memasuki gua terlarang ini.
Ternyata gua itu seperti  lorong waktu yang membawa mereka ke dunia lain. Hingga sampai ke dunia manusia-New York
6 karakater smurf pun dimunculkan, yakni Grouchy, Papa, Clumsy, Smurfette, Brainy dan Gutsy Smurf terpaksa melakukan perjalanan melintasi ruang dan waktu demi menghindari penyihir Gargamel dan kucingnya Azrael.
Di New York tepatnya di Central Park, ke enam smurf ini mencoba mencari jalan keluar untuk kembali ke desa mereka.
Untungnya mereka mendapat perlindungan dari sepasang suami isteri Patrick Winslow (Neil Patrick Harris) dan Grace (Jayma Mays). Mereka pun berlindung untuk menyusun rencana agar kembali ke desa mereka dan tetap berhati-hati terhadap serangan Gargamel yang ingin  memanfaatkan mereka demi meningkatkan kekuatan sihir jahatnya.
Overall bagi aku cite ini best nak dilayan sebab kelakar dan lebih macam sesuai untuk tontonan kanak – kanak. Banyak words yang dismurfskan menarik perhatian aku terutamanya ”i smurfff youuuu”. Sweet gila bila si Patrick ini sebut kat Grace. Jalan cerita pun best!

Time tengok wayang itu, Cikepal duk berbisik kat telinga aku ”weh,chuckei ada kat sebelah kita” aku pulak blur – blur tanya balik ”chuckei mana” Cik Epal jawab ”blogger nuffnang yang cantik gila vavi tapi persis Hanis Zalikha itu” aku pun dengan respon eksited mengendap Chuckie dalam gelap sebelah Cikepal. Dah tau gelap konpemlaaa tak nampak dol! Hape laaa aku ini.  kohkohkoh!

Habis jer muvie, terus aku dengan Cikepal terjah Chuckei untuk bergambar. Well, misi untuk bergambar dengan blogger cantik berjaya akhirnyaaaa. huhu! Cikepal ini mula buka cerita si Chuckei time pergi Pavillion lagi sebenarnya. Dia asyik cakap ”Chuckei blogger iras Hanis Zalikha” tapi aku jer yang less alert. Sekali bila nampak tuan punya badan, baru laa terasa eksited tuu sama macam CikEpal. Kohkohkoh!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });