0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Murid Penghidap Kanser Cemerlang 6A UPSR, Meninggal Dunia

murid

Apabila keputusan UPSR diumumkan, seorang murid penghidap kanser kelanjar mendapat perhatian media apabila berjaya meraih keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan memperoleh 6A.

Nama murid cemerlang berkenaan ialah Wan Adibah Farhana. Wan merupakan salah seorang daripada tiga murid yang memperoleh keputusan kesemua 6A di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ibrahim 2.

Untuk pengetahuan semua, Wan Adibah telahpun disahkan meninggal dunia, kira-kira jam 4 pagi tadi.

Wan Adibah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.

Berita sedih itu disahkan oleh bapanya, Wan Mazlan yang juga Penolong Kanan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja.

Ini kenyataan bapanya yang amat sayu:

“Sebelum pergi (meninggal dunia) dia tidak menunjukkan apa-apa perubahan… hanya menitiskan air mata kerana menahan kesakitan yang dialami,”

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Besar Pasir Mas pada hari ini.

Wan Adibah telah menjalani rawatan di HUSM sejak 4 September lalu selepas mengalami penyusutan berat badan secara mendadak serta hilang selera makan.

Salam takziah diucapkan. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });