0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Pak Cik Ini Kongsi Pengalaman Bagaimana Dia Selamatkan Budak Ditinggal Ibu Dalam Rumah

Pak Cik Ini Kongsi Pengalaman Selamatkan Budak Ditinggal Ibu Dalam Rumah

pakcik-hero

Malaysia digemparkan lagi apabila kes kanak-kanak 3 tahun ditinggalkan oleh ibu sendiri berseorang di dalam rumah menjadi bualan ramai semalam.

Kisah berkenaan mendapat perhatian warga Malaysia yang terkejut dengan perkara berkenaan.

Budak itu menerima simpati ramai dan ada yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan tindakan ibu kanak-kanak 3 tahun itu.

Kelibatnya kanak-kanak itu hanya disedari orang kampung selepas terdengar suara kanak-kanak menangis.

Budak itu dijumpai dan diselamatkan oleh Ketua Kampung Kg Parit Buluh bernama Mohd Dom yang berumur 57 tahun.

Beliau telah pergi ke rumah berkenaan selepas ada jirannya mengadu terdengar tangisan kanak-kanak membuatkan dia berasa curiga lalu membuat laporan di Balai Polis Air Kuning Selatan.

Menurutnya, kanak-kanak itu berada dalam sebuah bilik gelap selepas dia bersama anggota polis membuat pemeriksaan pada 12.45 tengah malam.

Difahamkan, ibu mangsa meninggalkan budak itu di rumah untuk pulang ke kampung di FELDA Jelai bersama dua lagi anak lelakinya berusia 13 dan 14 tahun, untuk menjaga ibu yang sakit.

Mangsa kini akan diserahkan kepada datuknya untuk jagaan sementara selepas keluar hospital.

Berdasarkan rawatan awal, mangsa tidak mempunyai kecederaan fizikal, namun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memantaunya sehingga kes selesai.

Beliau yang ditemui selepas melawat mangsa berkata, ibu mangsa adalah penerima bantuan RM300 sebulan dan bantuan itu akan dipindahkan kepada datuk yang akan menjaga mangsa selepas ini.

Kes akan disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Ini video dia kongsi pengalaman selamatkan budak tersebut. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas