0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Jerry Shaw merupakan salah seorang penulis artikel diet dan kesihatan di sebuah blog kesihatan terkemuka Amerika Syarikat. Dalam penulisan beliau, Shaw mendapati kejayaan seseorang untuk berjaya ketika diet adalah menganggap diet itu sendiri sebagai sebahagian daripada hidup kita.

Ini supaya kita tidak dibebani dengan perkataan ‘diet’ itu sendiri dan 90% individu gagal melakukannya kerana merasakan ia satu beban yang berat untuk dilalui setiap hari. Sebut memang senang tapi nak buat errghhh payahnya!

Menurut Shaw, terdapat dua jenis makanan yang boleh kita ambil bagi memulakan proses berdiet dan menganggap ia sebagai juadah harian kita. Dua jenis makanan ini adalah:

  • Vegetarian.
  • Rendah karbohidrat.

Makanan Jenis Vegetarian

Jika kita mengamalkan jenis pemakanan vegetarian sebenarnya membantu menurunkan berat badan engan efektif dan natural. Pemakanan ini memerlukan kita mengambil makanan seperti sayur-sayuran dan juga buah-buahan yang sememangnya mempunyai kadar lemak yang rendah.

Kita juga boleh mengambil makanan seperti ikan yang merupakan makanan yang mempunyai kadar lemak tepu (saturated fat) yang rendah dan sebenarnya membuat keputusan untuk menjadi seorang vegetarian akan membantu kita mengurangkan berat badan dalam jangka masa yang singkat tanpa perlu melakukan sebarang senaman berat.

Rendah Karbohidrat

Pemakanan jenis ini dipopularkan oleh ‘The Atkins Diet’ yangakan memberikan kesan pada pengamalnya dalam masa sekurang-kurangnya 6 bulan. Lama tak lama sangat tapi berkesan jugak.

Contoh-contoh pemakanan yang mempunyai kadar karbohidrat yang rendah adalah seperti berikut:

  • Kentang.
  • Pasta.
  • Roti.

Pengamal diet rendah karbohidrat ini jarang-jarang mengalami kesakitan dan sesuai diamalkan oleh pelbagai golongan umur. Jadi, kita perlu membuat keputusan untuk berada dalam salah satu daripada jenis pemakanan yang dikongsikan di atas. Sentiasa ingat, diet memerlukan komitmen yang tinggi dan kita harus bersedia untuk mengubah cara pemakanan kita sebaik sahaja membuat keputusan untuk menurunkan berat badan.

P/s: Sejak dua menjak ni, agak ramai yang tanya aku tentang tips kurus lepas tengok zaman kegemukan aku dulu tapi satu jek yang aku boleh bagi MENTALITI. Kalau mental kita tak kuat, jangankan nak kurus, setiap apa yang kita cuba dapatkan pun belum tentu berjaya. Kuatkan hati dan usaha, InsyaAllah berjaya. Semua terletak di tangan korang sendiri. Korang tentukan, aku hanya mampu berdiri dibelakang saja.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });