0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Petang tadi, kami sempat bersama di pelancaran jenama Ice Watch bertempat di The Curve. Ice Watch merupakan jam tangan kegilaan ramai anak muda yang menampilkan warna ceria dan menarik.

Upacara pelancaran di wakili oleh Dato Meer Habib dari HABIB dan lutgen dari ICE WATCH diikuti dengan peragaan jam tangan terbaru musim ini oleh Ice Girls dan selebriti Malaysia antaranya Elfira Loy.

Ice Watch turut serta bersama Habib Jewels dan Pandora di pameran Kumpulan Habib di The Curve Centre Court yang turut dikenali sebagai ‘HIP’. HIP merupakan gabungan huruf pertama setiap jenama, Habib Jewels, Ice Watch dan Pandora.

 

Pada tahun ini, 8 butik ICE WATCH ditubuhkan di Malaysia. Ice watch merupakan jenama mewah mampu milik dan dianggap setanding dengan jenama jam tangan fesyen di seluruh dunia.

Dengan harga berpatutan, kepelbagaian warna dan kombinasi reka bentuk yang menarik, ICE WATCH boleh ditukar tukar mengikut gaya dan mood si pemakai. -LUTGEN

 

Sebagai ahli baru kepada kumpulan habib, ICE WATCH menyertai kumpulan HABIB bersama Habib Jewels dan Pandora dari Denmark. Di kawasan Lembah Klang, butik Ice Watch boleh didapati di Ampang Point, The Curve, Nu Sentral dan Alamanda.

Jam Ice Watch Emerald Green ini aku dapat dari event tadi. Memang gempak habis dengan warna yang memenuhi citarasa dan warna ini sangat rare untuk dapat tau. Masa tengok pamplet, dalam hati dah berniat, kalau lah dapat emerald green, mesti tidur tersengih sengih. Dalam banyak Ice Watch tadi, paling aku suka BMW punya collection. A Must have watch for 2014. Apapun, biar gambar berbicara untuk korang.

 

 

Maklumat lanjut, layari website http://www.habibjewels.com/ atau masuk ke facebook Habib Jewels Malaysia.

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });