0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Pelawak Baru, Haikal Dikecam Persenda, Perlekeh Kelantan

haiii

Seorang pelawak baru yang pernah tampil di siri Komediri iaitu Haikal telah teruk dikecam kerana mempersendakan rakyat negeri Kelantan secara terbuka.

Ini antara lawaknya:

“Kelantan is the state with the highest HIV cases in Malaysia. That’s why the Kelantan football team is the best. Because they’re great, at passing it (HIV) around.”

hhii

Menjelaskan tindakannya, Haikal menganggap Kelantan sebagai sebuah negeri yang miskin, rakyatnya kurang berpendidikan, kes HIV di Kelantan tinggi dan kes-kes dadah.

Haikal turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang tetap beria-ria mahu menegakkan hudud meskipun masalah-masalah di atas masih belum diselesaikan sepenuhnya.

Tindakan Haikal itu telah menyebabkan orang ramai marah terutama warga Kelantan.

Seorang wanita bernama Affiqah turut berkongsi pendapat tidak bersetuju dengan lawak haikal terbabit.

Ini perkongsiannya:

Someone shared this and I take the responsibility to ‘educate’ this brave young man about Kelantan Darul Naim.

Before anything crosses in your mind, please know that I am not being sentimentalist. I just want you guys to read and heed right infos.

Firstly, I thank this guy sebab dia berani suarakan pendapat dia. That’s okay. Kita mengamalkan demokrasi, sesiapa pon ada hak bersuara. Fair enough.

Here we go!

1. Why make fun of kelantan? (Kenapa persendakan kelantan?)

I seriously tak tahu sebab beliau sanggup tuduh macam-macam pasal kelantan.

2. Poverty (kemiskinan).

Hmm this one dah biasa. Tapi takpe. Knowledge is worth sharing.

“Kelantan dilaporkan antara negeri yang mencatatkan aliran tunai paling tinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Majoriti penduduknya membeli belah tanpa kad kredit dan hanya menggunakan wang tunai semata-mata.” – Usahawan.com

Ini bermaksud, orang kelantan membeli-belah dengan aman tanpa hutang.

Kalau you guys nak tahu, pengasas francais Secret Recipe, Datuk Steven Sim, ialah anak jati Kota Bharu, Kelantan!

Beliau kini mempunyai 270 restoran di 8 buah negara termasuk Australia. Sebagai anak Kelantan, beliau fasih kecek kelate. – Usahawan.com

OMG! Terkejut ambo. Kek sedak secret recipe tu hok ore kelate ruponyo.

Pengasas Vida Health and Beauty yang tersohor, Datuk Seri Vida, ialah orang Kelantan.

Pengasas produk Yusmira, Datuk Yusmira Mohd Yusof, juga rakyat kelantan.

Anda nilailah sendiri.

3. Lack of education (kekurangan ilmu).

Yang ni I have no idea pakcik ni evaluate based on apa.

Ramai je yang belajar dekat ipta ipts seluruh Malaysia ni. Budak-budak overseas pon ramai. Hey, I salah seorang okay ;)

Maybe dia lupa yang pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan, Nik Nur Madihah tu orang kelantan. Dapat 20A lepastu dapat macam-macam scholarship tu bukan sebab orang tu berilmu dan berpendidikan ke? I will let this pakcik see this then answer himself.

Oh there’s another thing I always have in mind. Some Kelantanese can actually speak good to excellent English with accent, despite loghat kelate pekat tokleh nok tek!

I pointed this out because I once read my friend’s confession pasal dia boleh cakap fluent English with accent and kawan-kawan dia terkejut bila dapat tahu yang she’s a Kelantanese and by their logics, she could not speak English better than them. But oops, she’s way better.

4. HIV dan dadah.

“Negeri Kelantan pernah menjadi negeri yang mencatat penyebaran HIV yang tertinggi pada tahun 2006. Namun, Jabatan Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Kelantan mengesahkan kebanyakan pembawa virus HIV di negeri Kelantan, menjangkitinya di Thailand.” – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

2 points penting I nak highlight.

i. Statistic tu dibuat pada 2006. Dan sekarang ialah 2016. Trend statistic tu menunjukkan yang kes semakin menurun sehingga 2009.

Statistic terbaru I couldn’t find probably sebab KKM tak make it public yet atau sebab report terbaru tak dikeluarkan lagi.

ii. Punca jangkitan berasal dari Thailand. Jelas menunjukkan yang bukan 100% dibawa oleh orang kelantan dan bukan 100% disebabkan dadah.

Clear part ni? Good.

Nasihat Buat Haikal

Satu jelah I nak nasihat this guy.

Cuba lapangkan minda tentang sesuatu. This post is not entirely to only make good stories about Kelantan but it is to make him realise that every state has its own fortes and flaws (kelebihan dan kekurangan).

Kalau you datang Kelantan, try singgah Kopitiam Kita, Warung Pok Mat Teh Tarik Madu. Hok paling sohor lah. Banyok lagi ambo nok oyak tapi banyok dooh.

Semoga bermanfaat blako deh. Terima kasih.

Sebenarnya nak melawak tu boleh tapi kadangkala ada yang akan terguris perasaan. Ini Malaysia, rakyatnya sensitif kenalah berhati-hati. Terutama lawak berkenaan agama dan juga adat. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });