0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Pemain “Pokemon Go” Kurang Ajar, Ganggu Keluarga Beriadah

Pemain “Pokemon Go” Kurang Ajar, Ganggu Keluarga Beriadah

pokemon

Sejak permainan Pokemon Go diperkenalkan sememangnya terdapat beberapa aduan tentang pemain Pokemon yang ekstrem dan tidak reti menghormati orang lain terutama ketika menangkap Pokemon.

Yang terbaru seorang lelaki meluahkan geram dan kecewa dengan tindakan pemain Pokemon Go yang dilihat menggangu keluarganya sedang bermain badminton di taman.

Nak beriadah pun kini terganggu apabila pemain-pemain Pokemon Go ini selamba berjalan meredah mereka yang sedang bermain badminton.

Lelaki ini turut memuatnaik video sebagai bukti.

Ini luahannya:

Since ‪#‎ASTROAwani‬ pun dah release pasal KEBANGANGAN manusia yang main Pokemon Go kat Taman Jaya petang semalam…so Abam Ril pun nak release jugak video yg Abam Ril rakam sendiri dalam tengah nak marah tu sempat gak record…hehe…

Dorang nie memang bangang yang sangat bangang…lansung tak reti hormat orang…punyalah ramai…memang kurang hajar….ada yang sorang2…ada yang dengan kawan2…yg paling bangang dengan family…mak bapak bangang mengalahkan anak….

padal bangsa malas nak sentuh…iols boleh tengok sendiri…3 bangsa utama smer ada…tapi yang paling ramai tu lah paling tak reti nak hormat orang semalam..Abam Ril tak sempat nak amik video masa dorang mula2 servu kawasan tu…kawasan tempat orang beriadah dengan family ngan anak2 kecil dok main kat tengah tu…gerombolan dorang datang buatkan ramai parent tiba2 lost vision kat mana anak and keluarga masing2…

anak dan wife abam ril tgh main badminton pun dorg redah gitu jer…nasib baik anak yg kecik dok dekat ngan Abam Ril…Abam Ril yang dok bersidai kat tepi padang dengan kako patah tu dorg hampir nak langgar sebelum Abam Ril rakam video tu…

memang bangang dorang…kalau korang nak kasi viral biar seluruh rakyat Malaysia tengok muka2 manusia bodoh bangang yang main Pokemon Go nie…silakan…

Ini videonya:

Diharap pemain pemain Pokemon Go dapat gunakan logik dan akal ketika bermain aplikasi tersebut. Hanya permainan sahaja jangan terallu obses dan menyusahkan orang lain. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas