0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Pembantu Rumah Lari, Tinggalkan Bayi 9 Bulan Seorang Diri

baby

Seorang bayi lelaki terselamat setelah ditinggalkan bersendirian di dalam rumah oleh pembantu rumah yang sepatutnya menjaganya.

Bayi yang baru berumur 9 bulan itu terkunci dalam rumah bersendirian selepas ditinggal oleh pembantu rumah yang bertindak menghilangkan diri dalam satu kejadian yang berlaku di Taman Putra, Bukit Baru Melaka.

Pembantu rumah tersebut telah mengunci pintu rumah dengan menggunakan mangga setelah keluar dari rumah.

Pihak Bomba dan Penyelamat dan Anggota Penyelamat dan Paramedik telah dihubungi untuk membantu memecahkan kunci mangga dan pintu dapur bagi menyelamatkan bayi berkenaan.

3 keping gambar dimuatnaik di laman sosial Facebook dan menjadi viral sekaligus mencetuskan rasa geram netizen terhadap tindakan pembantu rumah yang tidak bertanggungjawab itu.

Ini antara komen-komen netizen: (Sumber)

“Mujur bayi selamat dan tidak dilarikan. Jangan terlalu percaya dengan pembantu rumah,” – kata Ramley

“Siannya kat baby…” – Lenny

“Kesiannya..semoga Allah swt melindungi kamu selalu..” – Nor Fahimah Muhsin

“Nasib baik dia tak bawak lari budak tu..” – kata seorang lagi netizen, Anyah.

Ini gambarnya:

bayi-9bulan-1 bayi-9bulan-2 bayi-9bulan-3

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });