0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Pemilik Kedai Di Kelantan, Tampil Nafi Ada Katak Dalam Coconut Shake

ktk

Sejak semalam kecoh dengan foto penemuan katak dalam minuman Coconut Shake Oreo.

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah kedai makan di Kota Bharu Kelantan.

Foto ini tekah telah viral laman sosial media seperti Facebook dan Whatsapp.

Ini gambarnya:

katak

Menurut individu yang memuat naik gambar tersebut dia mendakwa menjumpai katak dalam minuman yang dipesannya di sebuah kedai makan yang terletak di Pantai Sabak, Kota Bharu, Kelantan.

Ini Komen pemilik Kedai

Bagi pemilik kedai makan tersebut, Mohd Khairi Mohamad Sidi, 48, dia berasa terkejut dengan kejadian yang berlaku pada jam 4 petang semalam selepas seorang pelanggan lelaki memaklumkan padanya penemuan katak tersebut.

Ketika ditunjukkan katak tersebut berada di atas meja dan dibasahi air coconut shake, beliau yang merasakan bertanggungjawab telah meminta maaf daripada pelanggan berkenaan.

Ini komennya:

“Saya pun tidak pasti bagaimana seekor katak boleh berada atau masuk ke dalam air minuman tersebut.

“Ini kerana saya dan pekerja sentiasa memastikan kebersihan makanan dan minuman yang dihidangkan kepada pelanggan di kedai kami.

“Segala kelengkapan membuat air termasuk mesin pengisar dan ais krim sentiasa tertutup rapat dan jika benarlah katak itu masuk ketika kami membuat air, pastinya katak itu hancur kerana terkisar bersama-sama air kelapa,”

Beliau yang turut menganggap kejadian ini ujian daripada Allah SWT dan cabaran terbesar sepanjang empat tahun perniagaannya.

Walaubagaimanapun, beliau tidak merasa marah dengan tindakan memviralkan kejadian itu.

Pemilik kedai berharap, pelanggan tersebut memaafkannya dan memadamkan gambar berkenaan.

Beliau juga mengharapkan para pelanggan akan tetap berkunjung ke kedainya dan menjamin kebersihan adalah keutamaan dalam perniagaannya.

Menerusi komen dari orang rami, rata-rata tidak mempercayai dakwaan tersebut. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });