0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Pengawal Peribadi Mengamuk Tembak Datuk Berjaya Ditahan

Pengawal Peribadi Mengamuk Tembak Datuk Ditahan

temba

Satu kejadian tembakan telah berlaku di Pulau Pinang semalam.

Seorang pengawal peribadi yang disyaki menembak mati telah berjaya ditahan pihak polis.

Pengawal tersebut menembak tiga mangsa termasuk majikannya yang bergelar Datuk di Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, semalam, baru sehari bekerja dengan mangsa.

Menurut sumber, pengawal peribadi berusia 37 tahun yang berasal dari Kepong, Kuala Lumpur.

Dia dikatakan berada di tempat duduk belakang manakala pemandu Datuk itu duduk di penumpang hadapan.

Katanya, Datuk terbabit memandu kereta kerana pemandunya itu mabuk.

Ini komen polis:

“Siasatan awal mendapati suspek baru sehari bekerja dengan majikannya itu yang juga seorang ahli perniagaan dan ketika itu pemandu Datuk terbabit tidak dibenarkan memandu kerana dia dalam keadaan mabuk.

“Bagaimanapun, berlaku perselisihan faham antara pengawal peribadi dan juga pemandu sehingga membuatkan suspek mengamuk dan melepaskan tembakan,” 

Pengawal peribadi itu turut menembak majikannya sendiri, Datuk Ong Teik Kwang selepas dilaporkan mengamuk ketika berada di dalam kenderaan.

Seorang lagi yang berada dalam kenderaan cuba melarikan diri namun tembakan rambang suspek terkena seorang pemandu kereta dan seorang penunggang motosikal yang melalui jalan sama.

Menururnya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown jam 9 pagi ini untuk direman.

Dalam kejadian 7.15 malam itu, mangsa yang maut dikenal pasti ialah:

  1. Datuk Ong Teik Kwang, 32 tahun
  2. Senthil Murugiah, 38 tahun
  3. Choi Hon Ming, 32 tahun

Mangsa yang cedera pula Lee Hong Boon, 56, Nurul Huda Aziz, 38, Arivarni Krishnan, 33, Mohamad Amirul Amin Mohamed Amer, 28, dan Lim Boon Leng, 32.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });