0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Waachaaaa.

Semalam aku merajinkan diri pergi ke Pra Tonton Filem Alamak Toyol terbitan MIG lakonan Angah dan Along Raja Lawak juga adik Afiq Izzudin. Macih buat CE yang sudi ajak aku jadi partner crime untuk Filem komedi seram terbitan David Teo. Wuwuwuuuu.

Cik Epal, Myravea, adik Afiq Izzudin sebagai toyol dan aku. Kali ini punya premier, kitaorang sampai awal tak macam time tayangan Aku bukan Tomboy 3 jam terlekat dalam jammed. Pheww! Nak kematu bontot aku. Muahahahaaaa.

Lagi sekali jumpa muka familiar Ujang dengan isteri tersayang, yana.

Sinopsis Alamak Toyol

Kisah bermula dengan Pak Umar yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh tersebut mengecop barcode di dada kiri Pak Umar. Pada waktu yang sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak namun semuanya gagal.
Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka. Pak Umar bercadang mahu memberi toyol tersebut pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar.
Alamak Toyol
Toyol beralih arah dan barcode di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul barcode di dada kiri Fakhrul dan Kudin. Sejak hari itu, bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya. Malangnya nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu tidak pandai mencuri. Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar teori dan praktikal kepada toyol tersebut untuk mencuri.
Di satu tempat yang lain, Farah yang selama ini setia bekerja dengan Daniel akhirnya mengetahui rupa-rupanya selama ini Daniel menjalankan perniagaan haram iaitu dengan menyeludup dadah. Farah yang mengetahui hal ini telah membuat laporan polis namun pihak polis tidak berjumpa sebarang bukti.
Daniel berdendam dengan Farah dan berniat mahu menghapuskan Farah. Suatu malam yang dingin, oleh kerana banyak kali gagal dalam mencuri, Fakhrul dan Kudin berniat untuk mengembalikan toyol pada Pak Umar kembali. Toyol dengan wajah sedih meminta satu lagi peluang dari Fakhrul dan Kudin. Toyol telah masuk untuk merompak rumah Farah dan di sini menjadi titik permulaan pertemuan antara Fakhrul, Kudin dan Farah. Fakhrul dan Kudin terpaksa menolong Farah untuk membongkarkan rahsia Daniel dalam masa yang sama mereka terpaksa mencari Pak Umar untuk mengembalikan toyol tersebut.

Review Alamak Toyol;

Alamak Toyol arahan Ismail Bob Hasim merupakan filem Komedi yang dibintangi pelakon terkenal Along Raja Lawak (sebagai Kudin), Angah Raja Lawak (sebagai Fakhrul) dan juga adik Afiq Izzudin (sebagai Toyol).

Dalam filem Alamak Toyol ini, adik  Afiq Izzudin membawa watak toyol tapi tak tahu mencuri dan belajar mencuri daripada manusia iaitu Kudin dan Fakhrul. Bagi aku, filem alamak toyol ini tak seram pun lebih kepada komedi terutama dengan kehadiran Pak Hamid Gurkha. Memang terbaik!

Dari scene permulaan lakonan Pak Hamid (Pak Umar), aku dah tergelak besar dalam wayang walaupun time tu scene yang agak seram dengan kemunculan Cik Ponti. Kalau yang takut nak tengok cerita hantu macam aku, bab seram tu memang tak menakutkan pun sebab toyol yang muncul semuanya comel dan cute. Siap ada harga lagi woaahhhh. Muahahaaaa.

Cuma ada jugak beberapa scene yang tak berapa lawak dan aku kureng sikit bab Farah tertanggal tuala time toyol masuk rumah. Cuma agak pelik kali ini semua manusia boleh nampak kelibat toyol kat depan manusia.

Filem ini sesuai kalau nak tengok dengan family dan bagus jugak bawak anak – anak sebabnya kalau sebelum ni sebut aje cerita hantu, mesti jadi seram tapi kalau tengok Alamak Toyol, pengaruh budak-budak nak takut tu bolehla dikurangkan. Takdelah bila besar nak jadi penakut macam aku. Muahahaaaa.

P/s: Rating aku bagi 3.5/5 bintang. Wuwuwuuuuuuuuuu.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });