0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

 

Waachaaa..

Rajin pulak aku nak post entri pasal produk kecantikan kali ini. Jangan salah faham, aku ini bukanlah teror sangat macam korang tapi aku cuma share pengalaman aku guna produk yang aku beli. Muka aku sebelum ini memang bermasalah dan paling ketaranya suka sangat keluar minyak. Aku rasa kalau hari – hari tadah dalam gelas, sebulan lagi dapat jugak sebaldi minyak free. ye dakkk? kohkohkoh!

Time zaman jahiliah dulu – dulu alah 6 bulan lepasnya kiranya, aku main rembat mana – mana produk yang aku rasa dah kurang sikit minyak, aku pun setia. Kalau dulu, aku guna cleasning foam dari oxy (murah dan jimat) kiranya lama jugakla aku duk pakai sampailah aku rasa takde perubahan.

Pergi mana jer cepat gila muka keluar minyak dan dulu orang suruh pakai kertas buang minyak tapi tu pun tak jalan jugak masih sama je until satu hari cewahhh macam drama pulak. Aku lalu lalang kat kedai Christian Dior dan dengar si amoi dok pong pang pong pang, aku pun beli laa. Satu masalah aku, susah betul nak menolak bab membeli barang. haha!

Pertama kali aku cuci muka, terasa muka aku fresh gila berbeza sangat bila guna oxy. Sehari itu, aku duk berulang cuci muka punyalah best sampai kena tegur dengan Nisa Kay katanya ”tak elok cuci kerapkali”. haha! Seee, aku eksited kemain. muahahahaahaa!

Hari ini genap 4 bulan aku guna barangan Christian Dior (CD), kawan yang close memang nampak perubahan kat muka aku. Tapi seminggu aku guna CD ini, dorang memang nampak 80% muka aku dah tak berminyak. Kohkohkoh!

Barangan CD memang mahal tapi bagi aku berbaloi since hasilnya dalam sehari dah boleh nampak. Petang tadi, aku beli buat kali kedua cleansing foam dari CD dan tahniah buat aku yang sebelum ini tak pernah guna pencuci muka dalam masa yang cukup lama tapi kali ini, aku bukan setakat beli satu tapi dua botol terus. Hampir pokai dibuatnya. haha.

Err aku beli Hydralife CD Cleansing Foam dengan Pore Refining Moisturizer. Aku sebenarnya dah suka dengan serum forest secret yang kecikkan liang roma tapi bila pergi kedai Fc, rupanya kedai Fc akan ditutup tak lama lagi. So,stok lepas ini memang dah takde jadi alang – alang aku dah selesa dengan barangan CD, aku belilah serum nak kecilkan liang roma sekali. Review mungkin aku akan buat lepas aku rasa perubahan kat muka baru la best nak review. Kohkohkoh!

Acara wajib aku bila keluar ke mana – mana semestinya makan dan kali ini, still kedai fevret aku ”theobroma lounge” kat Sunway Pyramid. Order memang sama selalu Iced Tea je. Anak melayu pure la katakan. haha!

Baidewey, aku ini sebenarnya dalam proses cabaran untuk kurus dan masuk hari ini dah 4 hari aku tak sentuh nasi. Hari pertama dan kedua memang terasa macam lembik tak makan nasi tapi hari ketiga aku dah rileks tak terasa nak makan nasi pun. Jangan kata nak makan, tak terfikir pun mau telan nasi. Kohkohkoh!

Disebabkan atas prihatin seorang insan ini, aku makan laaaaa jugak hari ini untuk ambik hati dia. Aku order Belgium Waffle Chocolate yang aku duk mengidam time bulan puasa dulu. Tapi aku cuma mampu habiskan 1 waffle jer. Rasanya berat aku ini dah turun sekilo dahhhhhh. Esok aku tekad nak cari penimbang pulakkk! haha!

 

 

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });