0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam.

Rasanya dah lama aku tak berkongsi tips produk dengan korang. 2 tahun lepas haaaaaaaa kalau korang memang follow blog penmerah mesti korang tahu kulit muka aku yang berminyak. Kerja pulak kat kantin masa tu, memang setiap hari kena standby tisu muka sekotak sehari. Imbas balik masa memula beli produk Dior nih dulu. 

Pernah satu ketika, aku cuma guna pencuci muka Oxy yang 5 ringgit jek. Bukan tengok pada kualiti tapi terpengaruh dengan iklan oxy yang kerap main dekat tv. haha. Macam budak kecik jek cepat terpengaruh. Tapi lepas kena sound dengan sorang member, terus aku bertukar dengan produk dari Dior, Hydralife Serum Sorbet. Dalam sehari, memang terasa perubahan kulit dah mula kurang berminyak.

Plusss aku guna Skin Energizer untuk bagi kulit sentiasa bermaya walaupun kadang-kadang terskip time guna. 2 tahun nih,produk Dior antara produk paling lama aku guna dan paling cepat bagi kesan. Kalau korang mempunyai masalah kulit berminyak macam aku memang wajib cuba sebabnya selepas 2 tahun, muka nih dah tak berminyak lagi. Memang selesa dan menyenangkan sebab tak payah nak cari tisu muka  dah. Selalunya, user nih kalau nak beli mesti nak efek cepatkan tapi jarang ada produk yang bagi kepuasan 100% tapi dengan Dior, kepercayaan aku 200% weyh. Dah guna dan result dia memang terbaik.

P/s: Harga pun dalam rm150 untuk pencuci muka tapi kalau nak compare dengan apa yang aku dapat sekarang, Rm150 tu memang terlebih berbaloi. TQ Dior untuk produk yang ohsem dan membantu hilangkan masalah kulit berminyak. Sehingga hari ni, kulit muka dah pulih dari masalah berminyak dan takde jerawat nak menempek kat muka lagi dah.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });