0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Ramadhan belum masuk lagi tapi aku dah eksited nak berkongsi resepi biskut raya 2012 tapi aku akan up satu persatu untuk pembaca blog. Kali ni aku nak share dengan korang resepi kuih raya untuk untuk biskut almond london. Alaaaa biskut Almond London yang femes amos tu kompemlaa korang tau ye dak?

Bahan-Bahan yang Diperlukan;

* 1 ketul butter

* 1/2 cawan gula pasir halus@gula castor
* 1 biji kuning telur
* Tepung gandum secukupnya
* 1/4 cawan tepung jagung
* Badam biji – bakar hingga rangup
* Badan hancur – panggang sebentar
* Coklat masakan
* Lemak sayur
* Paper cup

Cara Membuat:

1. Butter dan gula dikacau sehingga sebati

2. Masukkan kuning telur dan kacau

3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.

4. Tambah tepung hingga tidak melekat ditangan dan boleh dibentuk.

5. Ambil sedikit pastri kemudian salutkan badam dengan pastri dan bentukkan bujur dengan menggunakan tangan buat hingga habis bakar hingga kekuningan. Selepas itu biarkan sejuk.

6. Masak coklat dengan cara double boiler masukkan sesudu teh lemak sayur (shortening) setelah coklat cair angkat dan mulalah proses mencelup dan angkat pastri yang telah dicelup dengan menggunakan penyepit dan masukkan ke dalam paper cup. Taburkan badam hancur sebelum coklat menjadi beku.

7. Masukkan 2 minit ke dalam peti sejuk supaya coklat menjadi keras.

P/s: Selamat mencuba.

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });