0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

 

Waachaaa.

Filem dah menjengah pawagam tapi aku baru nak buat review Filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen terbitan Wayang Studios International (WSI) dan Lineclear Motion Pictures. Mengisahkan tiga rakan karib, Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan berusaha menambat hati seorang gadis cantik bernama Puteri lakonan Fazura.

Untuk memiliki puteri, ketiga sahabat baik ini mendekati ayah puteri iaitu seorang yang buta tapi mempunyai isteri yang setia menjaga dan dari situlah mereka mendapat tahu yang puteri hanya akan berkahwin dengan orang yang kurang upaya sebab nak mengikut langkah ibunya yang bahagia bersama ayahnya. Aku paling suka part ketiga orang ni pergi ke rumah puteri dengan berpakaian alaa perempuan tapi paling buat aku tergelak terbahak – bahak bila masuk watak Johan berpakaian arab. Memang kelakar gila sampai keluar air mata aku menahan gelak. Lawak ketiga orang ni tak nampak dibuat – buat dan semuanya macam spontan aje.

Apek berlakon menjadi buta, Johan menjadi Bisu dan Nabil menjadi pekak. Memang menjadi lakonan dorang tambah pulak Fazura yang menjadi heroin. Part Nabil aku suka bila dia meniru gaya kartun spongebob dan overall, aku tak nampak yang mana lagi best antara dorang sebab semua best? Masing – masing ada aura sendiri yang boleh buat korang pecah perut dalam panggung.

Filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur ni bagi aku merupakan sebuah komedi ringan dan santai sesuai ditonton bersama keluarga terutama musim perayaan tahun baru cina. Antara ketiga hero yang berusaha keras memikat hati puteri, agaknya siapa pilihan yang bakal puteri pilih? Mungkin puteri akan pilih hero baru yang pakai baju biru? Haaaa korang kena laa pergi tengok kat pawagam berdekatan. Tak rugi pun sebab sejam lebih tu rasa macam sekejap jer tambah pulak dengan gelak beberapa minit konpem korang rasa terhibur.

 

 

 

P/s: Rating untuk Filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur aku bagi 4/5 bintang sebab buat aku gelak banyak kali cuma sedikit kecewa dengan scene kebanyakannya hanya kat rumah, restoran dan juga kat taman tapi lakonan 4 orang pelakon hebat ni menyelamatkan kekurangan yang ada. Thumbs up untuk dorang! Jangan lupa menyaksikan Filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur di pawagam berhampiran. Wuwuwuuu.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });