0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

16 Februari nanti Filem Chantek akan ditayangkan di pawagam berdekatan tapi aku dah dapat dari awal invitation untuk Pra Tonton Filem Chantek di E Curve.

Pengarah : Pierre Andre
Penulis: Pierre Andre (Cerita Asal & Lakon layar)

Lakonan: Pierre Andre
: Ad (Pelakon Utama)

: Nurul Ekasari (Pelakon Utama)
: Maimon Mutalib (Pelakon Utama)
: Abon ,Penerbit (Pelakon Pembantu)

Krew : Dharma (Pembantu Pengarah)
: Mohd Fazreen (Pengarah Seni)
:Remy (Pengarah Fotografi)
: Ahmad Mustadha Bin Samingon (Penyunting)

Penerbit : Hisham A. Karim (Penerbit)

Sinopsis Filem Chantek:


Mengisahkan tentang AD,seorang selebriti filem yang hidupnya mewah dan ceria tetapi menjadi buta setelah dilanggar kereta sejurus terempak tunangnya berlaku curang. Tersangat kecewa, AD memencilkan dirinya di rumah peranginan dengan dijaga oleh CHANTEK, seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenteramkan AD yang masih fobia dengan perempuan.

Lama-kelamaan kerena kebaikan AD dan kemesraan mereka berdua. CHANTEK terpaksa mendedahkan rahsianya. Walaupun marah, AD sedia memaafkannya kerana kejujuran CHANTEK membantu memulihkannya dan kini mereka berdua telah jatuh cinta. Tetapi apabila CHANTEK terjumpa sebuah skrip yang mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki dengan pembantu rumahnya, CHANTEK terasa diperbodohkan oleh AD yang mempergunakannya sebagai bahan latihan filemnya.

CHANTEK benar-benar terasa dirinya ditipu dan hatinya dipermainkan dan lantas telah melarikan diri. Selama sebulan AD tidak ketentuan arah dan tidak dapat berlakon semula kerana terkenangkan CHANTEK. Akbirnya AD terjumpa CHANTEK dan setelah dirayu dan dipujuk barulah CHANTEK menerima semula AD dan cinta berputik kembali.

Komen;

Permulaan jalan cerita Filem Chantek ini agak suspen buat aku sebab bermula dengan AD yang dah pun buta dan buat aku berfikir betul ker dia buta? Lakonan Pierre Andre sememangnya tak mengecewakan. Thumbs Uppp!

Bertambah best bila tengok lakonan Kim Wah sebagai Sam yang menjadi lembut. Kalau sebelum ni, korang tengok dia berlakon jadi ganas tapi dalam filem Chantek, lakonan dia memang terbaik. Setiap scene dia mesti buat aku tertunggu – tertunggu sebab aku tak sabar nak gelak. Watak dia lebih menonjol daripada watak Nurul Ekasari sebab banyak bersahaja dan lawak yang tak dibuat – buat.

Seperti Pierre bagitau, filem Chantek ini sebuah komedi ringan dan yesss ada banyak komedi yang diselitkan buat penonton ketawa dan tak rugi nak menjenguk wayang cuma aku tersilap persepsi sebab mengharapkan filem ini lebih romantik macam Ombak Rindu. Woaahhhh jauh terpesongkan? Jadi, pada bulan Februari ini jangan lupa menonton filem Chantek di wayang berdekatan. :P

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });