0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

 

Waachaaa..

Sape dah tengok filem keramat? Korang dah tengok? dahhhh? Okay, aku dah tengok walaupun tengok sorang – sorang sebabnya hari yang sama aku kena tengok Keramat clash dengan Aie Batman. Kereta ada satu tapi dua tempat kena pergi dengan masa yang limited jadi aku mengalah kali ni.

keramat Tiket Percuma PraTonton Filem Keramat l  Metrowealth (MiG)

Kalau korang tanya pada aku yang sememangnya penakut filem genre serammmm konpem aku cakap best sebab asyik buat aku berdebar setiap masa. Dengan sound efek yang buat aku tertunggu – tunggu bila hantu nak keluar tambah lagi hati aku yang separa kecut, fuhh rasa nak peluk orang sebelah. Ehhh belum lagi. Muahahaaa.

Tapi ada jugak beberapa scene yang spoil mood. Mungkin pemilihan pelakon kurang sesuai kot? Aku pun tak pasti tapi aku tetap suka dengan lakonan Zul Handyblack. Tapi kalau korang penakut macam aku, memang wajib tengok sebabnya filem ni takdelah sampai nak buat korang tak sanggup nak celik mata tengok muka hantu tu. Seram jugak tapi boleh layan meyhhhhh.

Barisan Pelakon Keramat
Rabecca Nur
Zul Handyblack
Adey Syafrien
Putri Mardiana
Diana Amir

Sinopsis Keramat

Keramat mengisahkan di tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib telah difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Akibat dari itu, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampong diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang merupakan bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampong dan berlakulah satu peristiwa yang amat dahsyat di mana semua penduduk kampung mati dek cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib.

Di zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai pertistiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa di luar fikiran termasuk Munirah, Isteri Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampong halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah. Siapa sebenarnya dalang dalam perkara ini dan apakah rahsia tersebut?

P/s: Untuk filem Keramat, aku bagi 3.7 bintang sebab boleh buat aku terkejut banyak kali. Wuwuwuuuuu.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });