0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Sepatutnya semalam aku dah up Review Filem 3 Temujanji tapi terkejut dengan Bella aku yang baru melahirkan baby aku up hari ni jekla. Filem 3 Temujanji lakonan hebat Yana Samsudin dan Pierre Andre dibantu oleh Kamal Adli dan jugak Diana Amir sememangnya resepi terbaik pengarah Hashim Rejab yang menjadikan kisah cinta ini lebih manis dan segar. Waahh gitu komen aku! Pujian melambung pulakkan. Kahkahkah!

Seeloknya aku sarankan korang tengok dulu sinopsis penuh dan jugak trailer Filem 3 Temujanji ni sebab takkan mengecewakan korang. Lagi menyenangkan sebab dah tahu serba sedikit jalan cerita.

Review Filem 3 Temujanji:

Filem 3 Temujanji ni selain gandingan Yana Samsudin dan Pierre Andre juga dibintangi oleh adik Mia Sara Nasuha, Wawa Zainal, Farid Kamil, Diana Amir, Kamal Adli, Kartina Aziz, Lydyawati, Esma Daniel dan ramai lagi. Mungkin korang tak sangka kan rupanya pelakon hebat lain pun turut ada sebab tu bagi aku filem nih terbaik gila! Wahhh belum review dah cakap terbaik.

Plot cerita jalan ini sangat tak macam filem melayu versi cinta biasa sebab banyak menyampaikan mesej bermakna terutama buat pasangan kapel kat luar sana terutamanya. Lakonan Yana Samsudin tak perlu aku nak nafikan sebab memang berkesan. Banyak kali aku nak tepuk tangan sebab dia sangat menghayati watak Riana.

Sepanjang plot cerita, aku tak rasa bosan apalagi sempat nak borak dengan orang sebelah sebab kusyuk melayan perasaan cinta yang disampaikan oleh Mukhsin. Setiap babak yang Pierre bawak tuh seakan dari realiti dan aku sendiri rasa macam arghhhh bestnya kalau ada lelaki macam dia. Mood senyum sorang – sorang lagi. Wuwuwuuu.

Mungkin bagi korang, filem cinta melayu nih kebanyakan cliche dan mudah nak teka tapi Filem 3 temujanji menjanjikan kelainan dan memberikan rasa cinta dalam hati korang. Walaupun hanya dengan 3 temujanji dah boleh buat korang jatuh cinta dengan sikap Mukhsin yang romantik dan sweet. Dengan sikap Riana yang tak percayakan lelaki, 3 Temujanji ini seumpama memberi pengajaran buat perempuan yang playgirl supaya belajar mencari cinta sejati. Ecehhh, macam pandai jek kan.

Walaupun dalam Filem 3 Temujanji, Kamal Adli dan Diana Amir bukanlah watak utama tapi sebenarnya kisah cinta dorang sama dengan Riana dan Mukhsin. Kira lakonan dorang seimbang cuma kisah cinta yang diolah berbeza. Pujian aku patut bagi kat dorang berdua sebab berkesan dan boleh buat orang sebelah aku menangis terutama dengan lakonan Kamal Adli yang neutral. Diana Amir? Perghhh perghhh aku rasa kali nih dia memang menjiwai watak sepenuh hati.

Entah kenapa aku rasa dorang nih memang betul – betul buat yang terbaik sebab tak nampak cacat cela. Lakonan Diana Amir nak kata gedik pun tak sangat tapi lakonan dia tuh memang seperti kaum perempuan kat dunia realiti. Meroyan lepas putus cinta dengan kekasih hati.

Aku suka dengan nasihat yang cuba disampaikan oleh Hashim Rejab melalui Diana Amir. Perempuan sekarang macam desperate sangat nak kahwin dan berkapel. Ohh pleasee! Girls, u shud watch this movie! Muahahaaa.

Part paling best yang buat aku gelak besar nih haa time Mukhsin bawak Riana balik jumpa family. Adab yang dah lama takde aku nampak dalam mana – mana drama. Korang bayangkan dorang berkumpul dalam ruang tamu, semua family mukhsin pandang dan fokus pada Riana sorang sambil semua jari family dorang bergerak serentak sama.

Bila Riana jawab sepatah, dorang semua mengiyakan. Ekceli apa yang aku nak sampaikan nilai kekeluargaan tu dah lama takde dalam mana – mana filem tapi berjaya diserapkan oleh pengarah. Macam mana laa part aku bila nak jumpa bakal mertua kan? Siap boleh berangan sambil tersenyum sorang-sorang dalam panggung. Kahkahkah!

Baidewey, takkan aku nak bagi happy ending filem 3 temujanji kat sini kan? Korang sepatutnya kena pergi panggung sebabnya untuk kali kedua hari khamis ni, sekali lagi aku akan pergi tengok 3 Temujanji. Tu diaa tak puas tengok semalam rasa nak melayang – layang untuk kali kedua pulak. Apa yang aku boleh cakap, kisah cinta 3 temujanji ni tak sama macam filem biasa korang tengok. Takde cliche pun so korang takkan rasa rugi malah boleh buat tersenyum bahagia. Ecehh, bahagia ker?

P/s: Sebelum ni aku rasa macam Yana Samsudin lebih serasi dengan Shaheizy Sam dalam filem tapi dengan Pierre Andre pun boleh nampak keserasian dorang bekerjasama. Tahniah buat team yang menjayakan filem 3 Temujanji. Memang terbaik gila! Buat pengarah Hashim Rejab, silalah buat filem seperti ni lagi ye! Tak sabar nak tunggu hasil buah tangan pengarah berbakat nih lagi! Thumbs up buat korang semua! Aku bagi 4.8/5 bintang.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });