0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Review Filem 7 Petala Cinta

Salam..

Seperti yang aku war – warkan tadi, aku pergi ker Pratonton Filem 7 Petala Cinta dan terima kasih buat MIG online yang invite aku untuk filem terbaru lakonan  Fizo, Shima Anuar, Aeril Zafril, Diana Amir, Putri Mardiana. Woaahhhh Filem 7 Petala Cinta ini merupakan hasil buah tangan  Azhari Mohd Zain. 

Shima Anuar dan Diana Amir, dua heroin utama dalam filem 7 Petala cinta. Apa pun, baca dulu sinopsis dan trailer yang aku share nih kot lah nanti korang tertanya – tanya macam mana jalan cerita dia. Shima Anuar bawak watak sebagai  Saidatul Nafisah. Cantikkan dia pakai purdah?

Review Filem 7 Petala Cinta;

7 Petala Cinta merupakan sebuah filem islamik sepenuhnya yang menyingkap realiti remaja yang tidak lari daripada nafsu dan nilai murni seorang Islam sejati yang memerlukan pergorbanan dan juga kejujuran. Wahhh pandainya aku menyusun ayat. Kahkahkah!

Filem 7 Petala Cinta ini lebih kurang sama konsepnya dengan Nur Kasih bezanya lebih menekankan kepada kekuatan agama yang dibawa dalam menempuhi godaaan nafsu dan aku suka part bila Attar yang merupakan seorang penjenayah buruan polis tapi melarikan diri ke dalam masjid. Petikan yang buat aku tersentuh ”Insan yang masuk ke dalam Rumah Allah adalah tetamu dan bukannya penjenayah”.

Perjalanan cerita ini takdelah lembap sangat jadi aku tak boring cuma slack tadi sebab ada gangguan sound system kat dalam wayang jadinya mood aku nak feeling sedih dah terbang jauh. Mesej yang nak disampaikan pun memang kena cuma aku rasa jalan cerita sebenarnya agak berterabur sebab banyak jump. Pandai jek aku komen. Wuwuwuuu/

Part Diana Amir pun aku rasa tak banyak dan sepanjang perjalanan filem ini, aku banyak berteka teki tapi selalu salah sebab apa yang kita jangkakan tidak seperti yang aku harapkan. Kalau Nur Kasih, ye aku agak saspen tapi ending dia terbaik. Babak cinta antara Attar dan Nafisah aku rasa tak cukup feel sangat hurm mungkin aku mengharapkan lebih?

Tapi aku kagum jugak dengan pengarah yang selitkan nasihat iaitu bila saling menyayangi perlu saling menghormati pasangan. Kira pengarah banyak terapkan cinta antara remaja yang berlandaskan agama. Bukan senang woaahhh nak sampaikan mesej macam nih.

Tiket dari Mig dapat 2 keping jadi kali ini aku bawak Nisa Kay. Sesekali kena berubah angin jugak bagi kawan – kawan hapi kan? hurmm.. Nampak tak? Kitaorang dapat 1 paperbag penuh dengan Jajan. Kemain lagi orang tu kan suka bila dapat makanan free tapi badan takde nak gemuk. Aku jugak yang berisi. Kahkahkah!

Pratonton kali nih aku tak nampak ramai blogger yang ada. Mungkin aku yang tak perasan sangat boleh jadi jugakkan. Kat sebelah aku tuhh pun blogger nama dia Amalina Zainal. Peramah jek dia ini tegur aku walaupun muka aku blur. Maklumlah, aku nih bukan kenal orang sangat sebab orang pun tak kenal aku. Bila orang tegur Nisa Kay, mesti aku terus ke tepi punyalahhhh segan. Kahkahkah!

P/s: Jangan lupa penuhkan panggung 15 Mac 2012 ini untuk tayangan filem 7 Petala Cinta.

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas