0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam sejahtera. Ecehhh baiknya aku hari nih. Well, sepatutnya semalam aku dah buat Review Filem Adnan Sempit 2 tapi penat gila kot jadi aku tertido krohhh krohhh kat tepi adik tersayang. Sebelum aku buat review, aku nak korang baca dulu sinopsis Filem Adnan Sempit 2 nanti takdelah teraba – raba tak tahu hujung pangkal. Wuwuwuu!

Setelah hati Nadia (Intan Ladyana) menjadi milik Adnan (Shaheizy Sam), mereka telah menjadi sepasang kekasih yang sangat bahagia dan merancang untuk mendirikan rumahtangga. Namun, untuk melepasi ke alam baru percintaan,mereka terpaksa berhadapan dengan syarat ayah Nadia iaitu Datuk Ithin ( Datuk Ahmad Tamimi Siregar) di mana Adnan perlulah pandai bertutut Bahasa Inggeris dan mengubah penampilan agar setaraf dengan status korperat beliau dalam masa 30 hari. Dengan bantuan Bobby ( Along Cham) untuk mengajar Adnan Bahasa Inggeris dan menjadi perunding imej mencetuskan pelbagai idea menarik dan pelik. Dalam masa yang sama, hubungan antara Bobby dan Wawa (Yana Samsudin) bergolak akibat Wawa merasakan Bobby tidak bersungguh untuk berubah. Disebalik syarat yang dikenakan oleh Datuk Ithnin terhadap Adnan, terselit 1001 muslihat lain, untuk mengetahui apakah muslihat yang dilakukan oleh Datuk Ithnin, mari kita saksikan sekuel Adnan Sempit di pawagan 23 Februari ini.

Info Filem Adnan Sempit 2;

Pengarah : Ismail ‘Bob’ Hasim
Penerbit : Metrowealth Pictures Sdn Bhd
Skrip : Panel MIG
Masa Tayangan : 2 Jam
Tarikh Tayangan : 23 Februari 2012
Barisan Pelakon : Shaheizy Sam (Adnan), Intan Ladyana (Nadia), Yana Samsudin (Wawa), Along Cham (Bobby), Syuk Balas (Fendi), Angah Raja Lawak (Ismat), Dato’ AT Siregar (Datuk Ithnin) dan Aznah Hamid (Datin Mas).
Make up : Anuar John Paharudin
Wardrobes: Mustapa Midak
Penyelaras Produksi : Azahari Abdul Hamid
Runner : Muhammad Abu Baihaqi Barsir

Review dan Komen;

Filem Adnan Sempit 2 merupakan sambungan dari sekuel dari Filem Adnan Sempit arahan Ismail Bob Hashim dan merupakan Filem Melayu yang mencetuskan idea dan fenomena dalam industri Filem Malaysia. Wahhh gitu! Actually, aku merupakan peminat setia pengarah Ismail Bob Hashim dan semua filem dia, aku follow sebab genre yang dia selitkan takde yang mengecewakan aku.

Korang dah tengok trailer Filem Adnan Sempit 2? A must watch movie yang boleh buat korang pecah perut kat panggung. Kali nih mengisahkan Adnan yang dah diterima oleh bakal mertua tapi perlu melalui beberapa halangan untuk bersama dengan Nadia. Boleh dikatakan semua watak yang diselitkan dalam Filem Adnan Sempit 2 nih menjadi dan nampak keserasian dari Ibu dan Ayah Nadia sampailaa watak bobby dengan Wawa.

Plot antara Adnan dan Nadia nampak sweet gila terutama bila bahasakan diri ”Mama dan Papa” dengan riak muka Adnan yang bersahaja tambah pulak dengan watak Nadia sebagai anak orang kaya tapi tak menjengkelkan walaupun lebih kepada untuk menjadi gediks! Sungguh aku terasa seronok dengan lakonan Intan Ladyana yang lembut dan sopan tapi manja. Setiap scene antara dorang nampak as a lovely kapel dan thumb ups kepada pengarah sebab berjaya menghasilkan elemen real life ke dalam filem tanpa cacat cela. Terbaik punya!

Selalunya dalam filem mesti  a few aje watak yang buat kita tertunggu – tunggu nak tengok adegan seterusnya tapi overall filem ini dari Adnan sampai watak Bobby dan parent si Nadia, semuanya aku tertunggu – tunggu. Setiap scene aku bantai gelak sampai berpusing kiri kanan dengan mata yang berair sebab tak tahan ketawa sampai pecah perut belum lagi dengan orang sebelah aku yang macam – macam aksi dia gelak.

Wawa dan Bobby, perghhh pasangan bercinta yang kerap gaduh sebab sikap bobby yang acuh tak acuh. Bobby nih ada stall burger tapi boleh sampai orang curik barang dalam stall pun dia tak sedar. Setiap pelakon dalam Adnan Sempit 2 nih bagi aku ada unsur humor sebab lawak tak nampak plastik.

Paling aku suka dengan lakonan Yana Samsudin. Haruslah kan pelakon kesayangan kot! Dalam Adnan Sempit 2, Yana berlakon sebagai Wawa yang kapel dengan Bobby (along Cham) dan jugak kawan baik pada Nadia. Paling kelakar tang menjual ubat hah mention aje ubat apa nak ubat serapat, krim luka woaahhh semua ado! Ehhh tengok pada gambar Wawa macam main kayu tiga kan? Well, yang tuh korang kena tengok sendiri la betul ker Wawa dah beralih arah. Kahkahkah!

Dah nama pun Adnan Sempit huii tak rock kalau takde adegan merempit kat jalan. Rempit antara Adnan dan Bobby dengan motor Modenas sampai semalaman perghhh kelakar habis. Masuk part rempit memang aku kaw kaw punya gelak.

Hampir semua pelusuk dorang masuk dari shopping mall sampailah kat pasar. Paling kelakar tu haaa bila kena turunkan motor melalui tangga. Siap Adnan boleh tolong usung sekali padahal motif awal merempit sebab nak kejar Bobby.

Overall aku suka gila dengan Filem Adnan Sempit 2. Setiap saat pun aku tak bosan cuma ada beberapa scene yang menganggu sikit terutama dari satu babak ke babak lain macam banyak jump. Ada satu part antara Wawa dan Bobby yang gaduh tapi tiba – tiba dah berbaik? Kurang jelas sikit part tuh tapi still lakonan dorang membantu kekurangan yang ada.

Mungkin persepsi aku pada Rempit lebih kepada perempuan yang tak bertudung tapi dalam nihh first time aku tengok Minah Rempit yang pakai skaf tertutup. Bagi aku, sedikit kureng sebabnya macam tak sesuai walaupun realitinya memang ada. Spoil mood nak bergelak ketawa sebab macam mencacatkan maruah orang yang bertudung? Mungkin. Itu pandangan aku. 90% aku suka gila dengan filem nihh jadi aku rekomenkan korang untuk pergi tengok cepat – cepat. Rating? Aku bagi 4.5/5 bintang!

P/s: Jangan lupa saksikan Filem Adnan Sempit 2 di panggung wayang pada 23 Februari 2012 beramai – ramai. Memang filem terbaik sebab boleh buat perut korang menggeliat. Kahkahkah!

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });