0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam.,

Minggu nih kalau korang perasan filem Aku Terima Nikahnya dahpun keluar kat panggung. Hari isnin sebelum keluar filem ni, aku sempatlah rushing balik dari Terengganu semata-mata nak menonton Filem lakonan Nora Danish dan jugak Adi Putra. Habis jek program Tourism Terengganu, pagi esoknya terus aku pecut dengan kereta punya tak sabar nak tengok filem yang ditunggu-tunggu. Rehat pon tak sempat. Hukhuk

 Sinopsis Aku Terima Nikahnya;

Kisah Sepasang kekasih Johan ( AdiPutra ) dan Arlisa ( Nora Danish )  yang disatukan dengan ikatan pernikahan . So, bila dah kawin, melalui detik-detik indah hidup sebagai suami isteri. Tapi satu tragedi berlaku apabila Johan di timpa kemalangan dan disahkan menghadapiSelective Amnesia yang manaJohan hanya ingat perkara yang berlaku ketika dia berusia 31 tahun iaitu 2 tahun sebelum dia mengenali Arlisa.

Aku Terima Nikahnya

 Johan yang tak ingat langsung dengan Arlisa bertindak menjauhkan diri daripada isterinya sendiri . Namun Arlisa tidak pernah putus asa berusaha untuk Johan mendapatkan Ingatannya kembali. Perlbagai usaha dan cara yang Arlisa lakukan tapi tidak berhasil. Pertemuan Johan dan Suriya ( Mon Ryanti ) , kawan baik Arlisa menyebabkan Arlisa cemburu kerana Johan lebih mesra bergaul dengan Suriya berbanding dirinya sebaga isteri kepada Johan.  

Aku Terima Nikahnya

Sehingga, suatu hari Arlisa terserempak dengan Johan dan Suriya didalam keadaan mencurigakan. Arlisa sangat kecewa dan berputus asa. Adakah Arlisa akan mengalah ? Adakah Johan akan mengingati semuanya kembali ? Apa akan terjadi dengan perhubungan Johan dan Arlisa ?

Aku Terima Nikahnya Review Filem Aku Terima Nikahnya;

Kekuatan filem ni pada aku terletak pada Nora Danish dan jugak Adi Putra. Filem Aku Terima Nikahnya kali ni menampilkan gandingan yang mantap terutama dengan Azizah Mahzan dan jugak Dian P Ramlee. Masa tengok trailer lagi, aku dah eksited menunggu filem ni keluar.

Kalau korang nak tengok filem yang penuh dengan feeling bercinta dan romantik, haaa memang sesuai sebab dari permulaan sampai akhir memang penuh dengan kata – kata. Lebih kurang dengan versi novel gitu. Tapi kalau harapkan jalan cerita macam mana pengakhiran sesebuah novel ha sama jugak dengan filem cinta ni. Ending dia mesti dah boleh tahu dari awal sebab permulaan sampai ending takde apa yang lain sangat. Sama versi dengan filem cinta yang lain.

Apa pun, aku suka dengan lakonan Mon Ryanti kali ni nampak lakonan dia semakin menjadi. Nora Danish dan Adi Putra pun tak kurang hebatnya cuma maybe aku mengharapkan jalan cerita yang tak cliche sangat. Kesan di hati? Huwarghhh malam tu ada gangguan dari penonton yang buat kacau jadi tak sempat nak feeling sangat. Dengar kata hall sebelah aku tu ramai yang nangis. Apa pun, korang wajib tonton filem ni. Kenapa? Haaaaaaaaa jawapan dia ada kat panggung tuh.

P/s: Dengar kata MIG dah taknak bagi invitation lagi dah kat blogger. Katanya pihak MIG bising sebab blogger tak buat review tapi time preview ramai yang datang. Ikutkan setiap kali Preview filem, blogger takde yang bertambah pun rasanya banyak tu jugak yang munculnya. Cuma aku sendiri pun sebenarnya bukan tak buat review kadang-kadang bila banyak filem keluar setiap minggu tambah pulak on leave untuk program bersama Tourism selama 3 minggu, entri banyak tertangguh. Terpaksa aku dahulukan entri yang berbayar tapi rasa macam tak adil pulak jadi macam ni. Selama ni setiap movie kawan-kawan blogger support filem MIG takkan kena buang macam tu jer kot? Apa pun, kawan- kawan blogger redha jekla yee nak buat macam mana dorang dah taknak ada blogger lagi. Sekian.

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });