0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Review Filem Hantu Dalam Botol Kicap

Hantu dalam botol kicap? ada ker? Well ada tapi kat pawagam yang dah pun ditayangkan kat pawagam. Kali ni aku berkesempatan lagi sekali untuk menonton filem terbaru Mig lakonan Mikael Andre, Wawa Zainal, Zalif Sidek, Mon Ryanti dan jugak Maimon Mutalib yang diarahkan oleh Azhari Mohd Zain.

Filem hantu dalam botol kicap ni bagi aku antara filem komedi seram yang santai gila tapi penuh dengan pelbagai jenis hantu yang tak pernah aku tengok. Tapi dalam banyak hantu, paling kelakar hantu Angah yang menjadi hantu kopek. Bila tengok hantu Angah Raja Lawak, terus aku gelak tak hengat dunia sampai terbahak – bahak tapi keluar aje hantu pocong, terus aku menjerit tak sedar.  Hamek ko! Tak pasal – pasal menjerit. Bukan aku takut cuma aku seram tengok pocong yang nampak real berbanding hantu lain yang tak berapa nak hantu sangat.

First time jugak aku dengar pasal bomoh yang berubat menggunakan botol kicap. Cuba korang bayangkan badan Angah yang jadi hantu kopek cuba dimasukkan ke dalam botol kicap? Penat aku gelak bila watak dia muncul. Lenguh pipi tak boleh nak berhenti meyhh! Berbanding watak Mikail, aku lebih suka dengan Zalif Sidek yang menjadi adik bongsu tapi comel. Paling tak boleh blah bila Puteri kena rasuk kat tepi sungai dengan aksi Epul yang terkial – kial dari dalam sungai nak memanjat ke tebing. Dalam filem ni, aku rasa pertama kali aku nampak lakonan Wawa Zainal semakin menjadi. No wonder laa ramai yang mula suka dengan lakonan dia.

Bagi aku, kekuatan filem ini patut diberikan pujian kepada Kak Maimon sebab membawakan lakonan yang cukup berkesan tapi kelakar cuma masa ending tu, sepatutnya semua botol kena tutup tapi ada jugak yang tak tertutup sangat. Aku lebih mengharapkan ending dia tak cliche sangat sebab jalan cerita dah seronok cuma ending macam tak susah sangat nak tangkap hantu. Tapi aku tak nafikan unsur seram tu memang ada sebab keluar watak pocong, mata aku terus mengadap kat orang sebelah. Penakutkan aku. Muahahahaaa.

Kalau korang semua nak bergelak ketawa, jangan lupa menonton Hantu Dalam Botol Kicap sebab menjanjikan senyuman di bibir anda. Ecehhh, pandai aje aku promote tapi filem ini antara yang kelakar dan santai. Tak rugi pun tengok sebab memang best!

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });