0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Hari ni baru aku berkesempatan update Review Filem Hanya Aku Cinta Kau Seorang ( Hacks ) lakonan Aeril Zafril, Fezrul Khan, Shima Anuar, Nuremy Ramli, Mon Ryanti dan Elmy Moin. Hacks diarahkan oleh Ahmad Khusdi Khadri (Ollynn) yang mana 2 minggu lepas filem pertama beliau Janda X baru saja menjengah di pawagam.

Kalau korang belum tengok lagi sinopsis dan trailer masuk sini dulu ye. Hacks ni kalau ikutkan sinopsis merupakan ikatan dua sahabat baik yang akhirnya bertukar menjadi cinta. Hanya Aku Cinta Kau Seorang memperkenalkan Cinta Platonik iaitu cinta tanpa hubungan seksual.

Jalan penceritaan Hacks ni boleh nampak keakraban antara Murni dan Mukhlis tetapi rasanya terlalu rapat sehingga aku tak dapat nak bezakan antara cinta dan sahabat karib. Maksud aku hubungan dorang berdua ni macam terlebih bukan sebagai sahabat karib sebabnya cara bergurau, sentuhan tangan, pergerakan dan hampir 80% rasanya sebagai kekasih.

Aku suka dengan cara pengarah yang menerapkan bahasa yang kasar tetapi sebenarnya menunjukkan betapa akrabnya hubungan mereka berdua yang mana bahasa kasar sebegini hanya boleh diterima oleh orang yang rapat dan kat sini menyelamatkan watak ”Sahabat Baik” kerana hampir semua babak aku rasa macam kekasih cuma bila dorang bergurau dan menggunakan kata panggilan baru aku nampak sebagai kawan akrab.

Lakonan Shima Anuar pulak nampak bersahaja walaupun bukan diberikan sebagai watak utama tetapi pembawaan beliau nampak menjadi yang menjadi adik Iqwal lakonan Fezrul Khan cuma part peluk – peluk tu macam lama sangat jek? Wuwuwu..

Overall bagi aku filem ni best cuma jalan cerita cliche dan sesekali aku nak idea yang segar yang mana aku rasa kalau filem cinta tu dah banyak sangat difilemkan cuma yang membezakan adalah jalan cerita. Babak yang paling best masa Murni dan Mukhlis nak sambut hari anniversary bersama dan terserempak dengan Iqwal. Sedih wooo! Sob! Sobs!

Paling aku suka part Siti Chubby memang penat aku gelak sakan. Lawak dia menjadi tak kira watak macam mana pun. Memang terbaiklaah akak Siti Chubby berlakon. Aku ni rasanya dah kira jadi peminat setia gamaknya. Wuwuwuu.

HACKS ni aku bagi rating 3.7/5 sebab ada unsur kelakar, sedih, romantik dan jugak nasihat cuma aku kurang selesa sebab dalam filem ni pakaian macam seksi tak macam biasa. Kalau korang nak tengok filem cinta haaaa jangan lupa menonton HACKS di pawagam ye.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });