0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Malam tadi aku pergi ke Malam Pratonton Filem Kau Ada Aku Ada lakonan Yana Samsudin, Shaheizy Sam dan Kamal Adli. Apa pun terima kasih MIG yang sudi jemput aku untuk tengok filem romantik komedi ni. Jom tengok review Filem Kau Ada Aku ada. Kalau korang belum baca lagi sinopsis dan trailer, boleh tengok previous post dulu.

Aku%2BAda%252C%2BKau%2BAda%2BD%2527movie Sinopsis dan Trailer Filem Kau Ada Aku Ada

Review Filem Kau Ada Aku Ada:

Kau Ada Aku ada merupakan arahan pengarah wanita woo iaitu Rahila Ali yang mana penggambaran dilakukan di korea selatan. Kalau dah berlakon kat korea, pemandangan dia haruslah cantik dengan bunga – bunga segar kat tepi jalan. Filem Kau Ada Aku ada bagi aku, sebenarnya kekuatan dia terletak kepada lakonan Shaheizy Sam, Yana Samsudin dan Kamal Adli. 3 pelakon ni memang tak dinafikan semakin hari semakin improved terutama kamal adli.

Jujurnya dulu aku memang kurang suka dengan lakonan dia tapi lepas tengok 3 temujanji haaa terus berubah. Kahkahkah! Kau ada Aku ada merupakan filem cinta komedi tapi sebenarnya pengisian dia lebih kepada mendatar yang mana aku rasa tak banyak beza dengan filem cinta melayu lain.

Kelainan filem ini aku nampak pengarah berani mempertaruhkan pelakon yang perlu menyanyi kiranya tak jauh beza dengan high school musical tapi versi melayu. Bab ni aku memang tabik dengan pengarah sebab taruhan dia memang menjadi. Shaheizy Sam memang dah sah boleh menyanyi sebab dia pernah terjun bidang nyanyian dulu – dulu tapi kamal adli?

Haaa kalau korang peminat kamal adli, memang dalam filem ni korang boleh nampak dia menari dan menyanyi rap wooahhh. Yana Samsudin? Artis kesayangan aku ni sebelum ni orang cakap dia tak boleh nyanyi live. Waklu! Sebelum habis pratonton tadi, sempat aku rakam video buat peminat Yana Samsudin terutama YSF siap request untuk dia nyanyi sikit. Jahat gila kan aku! Kahkahkah!

 

Jalan cerita dia lebih kepada 3 sahabat tapi kisah cinta antara Tina dan Nordin kurang dikembangkan dengan mendalam. Eceh. Terlalu banyak aksi pergaduhan yang macam berulangkali sama tapi bila ending dia macam aku rasa tak cukup mendalam. Mungkin sebab aku masih belum habis demam dengan filem 3 temujanji agaknya.

 

Pelakon dia best dan ada babak yang kelakar sampai aku tak mampu nak kaver gelak cuma masih ada ruang kosong yang buat aku rasa jalan cerita dia tak banyak kelainan. Aku rasa pengarah mampu hasilkan yang lebih baik tapi bab musikal tu memang terbaik dari ladang.

Dua pelakon baru tu pun tak meninggalkan kesan sangat cuma best part dorang menyanyi jekla. Jalan cerita lebih kurang high school musikal tapi filem ni bagi aku antara filem melayu muzikal pertama ecehhh yang buat aku rasa best dengan lagu dorang. Part paling suka semestinya masa keluar lagu tema Kau Ada Aku Ada iaitu Begini Caranya sampai tak berkelip mata aku tengok sampai habis. Kahkahkah!

Kalau korang nak tengok macam mana 3 artis ni menyanyi, korang wajib tengok filem Kau Ada Aku Ada. Memang tak rugi pun cuma kalau korang mengharapkan filem ni lebih kepada cinta romantik aku rasa tak banyak adegan romantik sangat. Filem ni tak bosan pun cuma bila dah tahu jalan cerita dia itu yang membuatkan kita rasa lama. Rating? Aku bagi 3.8/5 bintang.

P/s: Terima kasih buat Yana Samsudin yang buat aku terharu sampai balik rumah lepas dapat shoot video dia sekejap tadi. Time nak shoot, kamera aku tiba – tiba pulak stop recording tapi dia kena rushing balik. Nampak dia berbelah bagi sebab dia kena follow pihak urusan yang jaga dia kot tadi? Aku dah macam kecewa jugak seposen dua terus nak balik tapi rupanya Yana perasan kitaorang beria nak dia bagi ucapan.

Dia sanggup shoot kali kedua sedangkan dah kena gerak balik. Bukan senang nak tengok artis melayan karenah peminat tapi dia pernah cakap.. Dia anggap fans dia seperti kawan – kawan dan selama aku dengan ysf, aku tak nafikan layanan dia tak berbelah bagi untuk kitaorang. Antara sebab aku support Yana Samsudin sebab dia antara artis yang memang jaga peminat seperti mana peminat dia bagi support untuk dia. Memang susah nak jumpa artis macam ni. Sungguhlaa aku terharu sampai P/s aku jadi 2 perenggan. Kahkahkah!

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });