0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Semalam sempat aku menonton filem Mael Lambong di Sunway Pyramid lakonan hebat Zizan Razak, Taiyuddin Bakar, Juliana Evans dan Shenthy Feliziana di mana pengarahnya adalah Ahmad Idham Ahmad Nadzri. Mael Lambong ni kalau korang belum tahu merupakan filem yang dihasilkan berdasarkan watak dalam sebuah program realiti dan hak eksklusif Zizan Razak. Woaaa kiranya filem ni kerjasama antara Zizan dan Ahmad Idham. Terbaiklah!

Sinopsis Mael Lambong;

Mael Lambung (Zizan Razak) merupakan seorang penarik kereta yang cukup dikenali di Kuala Lumpur. Hidupnya mula berubah dan menjadi kelam kabut apabila bertemu dengan Maria (Juliana Evans) yang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan diri daripada penjahat.

Pelarian mereka untuk menyelamatkan diri membawa Mael dan Maria ke Terengganu yang juga kampung halaman Mael. Rupa-rupanya Mael telah lama meninggalkan negeri kelahirannya ini kerana membawa diri.

Di kampung, Mael kembali bertemu dengan Rozie (Shenthy Feliziana), bekas kekasihnya yang kini telah bergelar tunangan kepada Tiger (Taiyudin Bakar). Konflik mula timbul apabila Tiger tidak menyenangi kepulangan Mael kerana cemburu dengan hubungan yang pernah terjalin di antara Mael dan Rozie sebelum ini.

Penjahat memburu Maria kerana mahukan mikrocip yang mengandungi maklumat tender projek kerajaan itu akhirnya dapat menjejaki mereka di Terengganu. Apakah yang berlaku seterusnya? Sama sama kita nantikan di pawagam.

Review Mael Lambong:

Pertama sekali aku nak tepuk tangan kuat – kuat buat Zizan dan Ahmad Idham kerana memberi idea baru yang segar buat penonton wayang seperti aku. Kalau sebelum ni kita tengok setiap kali filem melayu keluar mesti genre sama. Maksud aku lawak yang filem berunsurkan cinta takpun seram komedi. Jujur aku katakan Filem seram komedi terlalu banyak dihasilkan dan sesekali terasa jugak nak  konsep komedi baru lain dari yang lain dan yeahhh Mael Lambong antara filem yang menepati selera yang aku nak. Ecehhh..

Sebenarnya aku sendiri tak tahu jalan cerita Mael Lambong ni tapi bila tahu Zizan yang berlakon dalam kepala aku ehhh mesti best filem lakonan dia. Selama sejam lebih dalam wayang, aku rasa 80% aku tergelak besar lagi 20% aku khusyuk menghayati jalan cerita filem Mael Lambong.

Dari permulaan jalan cerita rasanya setiap lawak Zizan nampak natural dan menjadi. Kalau korang nak filem komedi segar tak berat tapi penuh lawak, korang Wajib tengok Mael Lambong. Masuk plot awal jek pun aku dah gelak nasib tak minum air time tuh. Kahkahkah!

Lakonan Tai pun agak menjadi dan paling tak boleh blah bila dia mengejar Zizan dengan kereta besar sekali terlanggar baju dan siap terpakai tudung. Awwww comel sangat Tai masa tu sampai aku gelak nak pecah panggung. Lakonan Shenthy pun tak mengecewakan walaupun muka baru dalam filem ni.

Kalau kita tengok pada nama Mael Lambong mesti rasa seperti genre berkonsepkan idea zaman kecik – kecik dulu. Lambong tu diambil dari nama Embong dan masa aku kecik pun rasanya dah biasa dengar nama Lambong maklumlah negeri Terengganu punya loghat mesti unik sikit. Tapi sebenarnya filem ni bukan sekadar menerapkan komedi bersahaja malah banyak unsur tersirat yang pengarah cuba sampaikan.

Memandangkan aku orang Terengganu, time keluar part Ulik Mayang perghh terus segar mata. Masa kecik dulu mana pernah aku pergi tengok perayaan pantai macam ni maksudnya sepanjang aku membesar budaya tradisional ni dah takde sebenarnya. Bila nampak ada kat dalam Mael Lambong terasa macam waaa bestnya kalau duduk kat Terengganu. Nampak usaha pengarah menyelitkan budaya tradisional yang dah lama hampir berkubur dan PUJIAN patut diberikan kepada team Mael Lambong. Konsep lama tapi disegarkan dengan idea macam ni memang bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Tahniah buat semua!

Tapi bukan setakat unsur tradisional jek tau yang ada malah turut diselitkan perlian bertwitter dan blog. Sentap kaw.. Haaa kau aderr? Heeee. Lepas keluar panggung semalam hampir 90% penonton tersenyum lebar termasuk aku sendiri. Rating aku kasi Full mark 5/5 bintang sebab bila dah habis pun aku boleh lagi tanya orang sebelah ”ehhh dah habis”? Maksudnya aku belum puas lagi nak bergelak ketawa kat dalam panggung walaupun hampir 2 jam.

Gambar Sekitar Malam Pratonton Mael Lambong;

Pelakon Utama Mael Lambong; Shenthy, Zizan, Juliana Evans dan Tai

w Juliana Evans

 W Zizan

w Ahmad Idham

Team blogger yang datang Support, Ruby, Siezuka, Yana, Shahrul, Ziera, Zaid, Mak Zaid dan Uzair

Blogger perempuan : Nurul, Ziera dan Yana

Trailer Mael Lambong

P/s: Aku harapkan Ahmad Idham dan Zizan akan buat sequel kedua untuk Maeeeeel Lambongggggg! Heeeeeee.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });