0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam.

Dah lama gila tak review dan kali ni aku nak Review filem Minyak Dagu lakonan utama oleh Yana Samsudin, Fizo Omar dan jugak Fezrul Khan arahan Azhari Zain. 2 hero 1 heroin wooahhh. Dah lama tak filem seram tak memenuhi panggung kan? Baidewey, 3hb baru ni filem ni dah pun keluar so mana yang belum tengok, jom semua! 

Pembukaan tahun 2013 ni dimulakan dengan filem seram oleh artis kesayangan aku Yana Samsudin. Rasanya first time jugak tengok dia berlakon untuk genre seram. Filem ni mengetengahkan  tentang kepercayaan lama menggunakan minyak dagu untuk mendapatkan orang yang disayangi. Err bunyi agak kejam tapi zaman dulu memang tak dinafikan memang ada.  

Bermula dengan Emelda yang bertunang dengan Azman tetapi putus ditengah jalan yang dikatakan berpunca daripada Johan. Permulaan story agak menyeramkan terutama ketika scene di hospital. Kalau tengok filem seram, aku memang penakut 2 minggu sebelum nak ke Pratonton, jantung aku dah dup dap dup dap. Punya penakut. aiseyhh.  Kalau yang berlakon tu lagilaaa entah macam mana. tak mampu aku nak bayangkan. kekeke. 

Lakonan 3 pelakon utama ni memang tak nafikan sememangnya menjiwai watak. Dari awal jalan cerita, aku tertanya – tanya siapa yang mengamalkan minyak dagu ni sehingga ending baru tahu kiranya sekejap aku ingat Azman dan sekejap aku fikir Johan. Sound efek pun boleh tahan buat aku terkejut sampaikan ada satu babak nak tunggu hantu muncul tu aku buat – buat pandang ke lain. takut weyh!

 

Kalau korang mengharapkan filem hantu akan bosan bagi aku untuk filem minyak dagu memang tak bosan asyik buat aku berdebar – debar jek. Walaupun babak hantu tak  banyak seperti filem seram lain tapi setiap kali nak  keluar jek mesti aku dah resah terutama selepas Emelda berkahwin dengan Johan. Keadaan semakin teruk dan paling aku suka bila nak ending waktu salah sorang hero ni dah terlanggar pantang larang menggunakan minyak dagu  Time ni mula lah aku sibuk nak berteka teki sorang – sorang.

Walaupun dari awal hingga pertengahan filem ni aku rasa teruja tapi ending dia rasa macam perlu lebih lagi. Maksud aku part last tu  macam sekejap sangat dan seram tu dah kurang tapi tetap best! Kiranya takdelah tergantung macam filem lain. Apa pun tahniah buat pengarah filem ni yang masih seimbangkan babak islamik dan seram dalam satu masa tapi walaupun aku asyik ketakutan still masih boleh gelak dalam beberapa slot minyak dagu. 

Rating : 4.3/5 

Sekitar malam Pratonton Filem Minyak Dagu;

bersama yanayassin tapi mata aku pandang ke lain laaa pulak.

Malam Pratonton ni tak ramai artis yang datang jadi kitaorang camwhore sesama sendiri jekla. Ehhh kitaorang tu merujuk pada YanaSuperFriend (ysf).

Tadi sikit jek kan sekarang haaaaaaaaaaaaaaaaa cer kira berapa yang datang untuk tengok filem Minyak Dagu. Yang pastinya setiap filem Yana Samsudin semestinya mendapat sokongan penuh dari ysf termasuk aku. Heeee.

P/s: Kepada yang belum tengok Filem Minyak Dagu, jom semua kita penuhkan panggung! Takkan ruginyaa harga tiket yang korang beli nanti.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });