0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

19 April 2012 nanti, Filem My Way akan ditayangkan kat pawagam jadi sebelum korang semua menjengah pawagam, baca dulu Review Filem My Way dari aku. My Way ni merupakan filem termahal korea yang menelan belanja 24.92 million USD. Woaaahhh mahal gila tapi mesti korang mengharapkan filem nih yang berkualiti dan fresh dari ladang. 

Filem My Way menampilkan 2 watak utama Hasegawa Tatsuo dan jugak Jun-Shik bertarung sebagai pelari marathon dan menjadi musuh buat jangka masa lama. Awal jalan cerita aku macam rasa agak laju sebab mempamerkan pertarungan dorang berdua untuk menjadi jaguh marathon dan diolah sehingga menjadi tentera untuk negara Jepun secara paksa rela. Jun Shik merupakan watak lelaki yang berusaha mengejar cita – cita walaupun hidup kesusahan manakala Hasegawa Tatsuo dilihat sebagai lebih berjaya dan kaya tetapi mempunyai semangat kuat cintakan negara.

Dibantu oleh Fan BingBing, aku kagum dengan pengarah filem ni yang tidak menyelitkan unsur cinta tapi lebih kepada peperangan sebenar di medan perang. Entah berapa kali aku menjerit, tutup mata tak payah cakaplah kan padahal dalam wayang tu gelap jek pun tapi seram punya pasal, semua aku buat tanpa sedar. Kahkahkah!

Kalau sebelum ni, korang baca kekejaman tentera Jepun cuma dalam buku rasanya kali ni korang wajib singgah panggung sebab dalam ni menyajikan kekejaman tentera Jepun secara real. Memang buat aku rasa menakutkan kalau hidup pada zaman dulukala. Bersyukur dapat hidup zaman sekarang.

Manusia nih bagi dorang macam sampah kat tepi jalan jek, dorang boleh sepak sesuka hati bunuh tok sah cakaplah angkat pistol teruss tembak! Erghhhhh kejamnya! Bukan setakat tembak kat badan tapi kepala sekali. Fuhhhh berderau jantung aku dibuatnya. Tak sempat nak tarik oksigen lebih.

Hasegawa Tatsuo kalau tengok aura dia macam dingin dan heartless pun ada. Muka pun dah memang sebijik Jepun kekejaman dia perghhhh mesti benci gila masa dia buli tentera korea. Ehhh memang dia orang jepun pun  patutla muka dia sama macam Jepun. Kahkahkah!

Time peperangan, aku tak bajet pun filem ni menyeramkan. Bila masuk bab perang berkali – kali aku mengucap dengan menjerit sebab terkejut. Manusia kena bakar selamba jek belum lagi bila kaki dorang kena gilis dengan kereta kebal. Nampak real gila lebih teruk dari filem final destination tahap kekejaman dorang.

Paling buat aku berhenti bernafas bila dorang bakar manusia hidup – hidup dalam tempat bakar kayu api dengan aksi bergaduh sampai berguling – guling tertusuk kayu kat belakang kepala. Ouchhhh sakitnya kepala sendiri. 2-3 minit aku rasa kepeningan padahal filem jek pun. Efek dia menakutkan! Selama 2 jam lebih, filem ni penuh dengan peperangan, boleh nampak dorang bergelut untuk hidup dan selamatkan diri. Bom ada kat mana – mana belum lagi peluru senapang rawak yang menembak mangsa. Fuhhh lenguh dada aku menahan kejutan demi kejutan.

Selain perang dan semangat cintakan negara, korang boleh nampak semangat setia kawan yang pada mulanya menjadi musuh ketat bergaduh sampai nak berbunuh tapi at last dorang sangup berkorban demi satu sama lain. Sangat menyayat hati tapi aku tak sempat nak nangis sebab otak aku masih terkejut dengan aksi pembunuhan yang superb kejam.

Filem ni merupakan kisah benar dan bagi aku memang patut diberi pujian kepada pengarah filem sebab mampu menghasilkan filem perang yang gah. Apa yang aku nampak, orang yang kita benci tu sebenarnya orang yang mungkin menjadi sahabat baik kita. Hargailah sahabat anda walaupun seburuk mana layanan dia.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });