0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Punyala lama nak up entri ni. Haaaaaaaaaaaaaaaaa ahirnya filem artis kesayangan aku Yana Samsudin dah pun menjengah di pawagam. Dah pergi tengok? Kalau belum, jangan lupa menonton Strawberi Cinta ye tapi sebelum tu meh baca dulu review dari aku. 

 Sinopsis Strawberi Cinta;

Filem ni mengisahkan tentang seorang pelancong dari Jepun iaitu Ichigo Yamada datang melawat Malaysia bersama rombongan agensi pelancongan Strawberry Vanilla Travel & Tours. Pelbagai keindahan Malaysia diperkenalkan kepadanya, namun Ichigo datang dengan harapan mencari sesuatu yang telah lama hilang dari hidupnya.

 Review:

Filem Strawberi Cinta bagi aku memberi kelainan berbanding filem yang biasa ditayangkan. Kalau sebelum ni, kebanyakan cuma cinta dan filem seram tapi filem Strawberi Cinta menjanjikan kelainan. Filem ni berbeza kerana jalan cerita tak sepenuhnya cuma babak cinta jer. Tapi lagi best bila korang boleh tengok sendiri Yana Samsudin boleh bercakap bahasa jepun dengan lancar tambah pulak make up dia. Alahai macam orang Jepun sebijik. Hikhik

Selain Yana Samsudin ada jugak Diana Amir yang menjadi partner Hakimi dalam Strawberi Cinta dan mungkin jugak buah hati hakimi dalam diam? Penampilan Diana Amir dalam Strawberi Cinta kali ni nampak sangat stylo woooo. Makin lama aku rasa lakonan Diana Amir semakin best. 

Lakonan Pierre dan Yana ni aku semakin minat sejak dorang bergandingan untuk filem 3 temujanji. Untuk strawberi cinta, aku rasa korang patut tengok keserasian yang dorang cuba sampaikat menerusi versi yang lebih berbeza. Untuk filem Strawberi Cinta, aku bagi 4/5 bintang.

P/s: Sepanjang tengok filem ni, kagum dengan Yana Samsudin yang mampu tuturkan bahasa Jepun dengan lancar. Huiii satu persatu dengan nada slow kalau aku mahu pengsan. Kalau yang belum tengok, penuhkan pawagam sekarang!

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });