0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

 

Waachaaa.

Akhirnya dengan rasa eksited aku up Review Filem Sumpahan Kum Kum ”A must watch movie 2012” untuk korang yang suka dengan filem horror. Walaupun tak suka tapi bila korang pergi tengok konpem rasa nak tepuk tangan berkali – kali. Bertempat di Mbo Subang Parade, sampai jugak aku dengan Batman gelap. First of all, macih buat pihak MIG yang sudi invite aku malam tadi. Layan dulu gambar sekitar malam Pra Tonton Filem Sumpahan Kum Kum. Wuwuwuuu.

Dari minggu lepas, aku asyik membebel takut nak tengok filem seram. Aku memang penakut dari kecik sampai besar tak pernah hilang rasa takut sebab tu aku memang takkan layan filem genre seram. Tapi kali ni aku mengagahkan diri pergi tengok dengan rasa berdebar – berdebar. Ecehhh, gila penakut kaw! Muahahaaa. Tengok pada tajuk Sumpahan Kum Kum buat aku terfikir kali ni hantu jenis apa pulak yang akan dikeluarkan sebab nak kata langsuir tajuk dia Kum Kum. Layan ajeeeee!

Apa kata korang baca dulu Sinopsis Sumpahan Kum Kum pastu baru baca review yang aku buat baru rasa best! Hamek feel lebih katakan. huhu! Permulaan cerita dengan dua beradik yang nak pulang ke kampung tapi berhenti kat toilet tepi jalan dan adegan seram mula terasa apabila lampu toilet asyik lip lap lip lap. Berani jugak dia sanggup masuk dalam toilet sunyi macam tu sorang – sorang. Dalam hati, kalau aku jadi dia sumpah aku terus blah langkah sejuta dengan kereta.

Aku mula suspen dengan jalan cerita bila hantu mula muncul apabila Adi balik ke kampung untuk menjenguk ibunya, Mak Tom yang nazak dan tidak sukakan anak Adi, Tini. Time tu, aku mula fikir siapa yang sebenarnya membawa kepada kemunculan hantu Kum Kum dan sebab aku tak baca sinopsis Sumpahan Kum Kum dari awal, jalan cerita filem ni aku memang tak dapat nak teka. Ecehh, sibuk aje nak jadi pengarahkan.

Hari kematian Mak Tom merungkai kisah silam kemunculan Mila, hantu cantik yang menghantui orang kampung dan menganggu keluarga Adi. Rupanya, Sumpahan Kum Kum ni terjadi apabila seorang wanita yang memiliki rupa berjerawat mengamalkan ilmu hitam iaitu memakai susuk untuk menjadi cantik dan dengan pertolongan Mak Tom, dia berjaya mendapatkan rupa yang diingini tapi melanggar pantang larang iaitu melihat cermin sebelum tamat tempoh berpantang 44 hari. Untuk kembali cantik, Mila perlu minum darah anak dara seramai 9 orang dan mangsa pertamanya adalah anak dara Mak Tom sendiri dan secara tak langsung, Mak Tom membunuh Mila dan akhirnya Mila bersumpah akan membunuh anak gadis setiap keturunan Mak Tom.

Selepas kematian Mak Tom, Hantu Mila mula berkeliaran menuntut bela dan start pada tu hati aku mula tak senang. Rasa nak keluarkan jantung letak dalam peti ais. Kejap laju kejap slow kejap laju tanpa aku sedar aku tak bernafas untuk beberapa minit sambil tangan menutup mata. Kahkahkah! Entah scene yang keberapa, aku asyik menjerit sampai pusingkan muka kat tepi orang sebelah. Paling aku tak boleh blah babak Mak Tom jadi hantu Pocong huiii terus aku menjerit macam orang histeria. Malu tolak tepi sebab gelap janji aku lepaskan perasaan takut. Berkali – kali jugak mulut aku bising kenapa laaa lambat sangat cerita hantu ni habiss. Muahahahaaaa.

Setiap kali Hantu Mila ni bagi salam ”Assalamulaikum kum kum” huii meremang bulu roma aku macam betul- betul. Sound efek memang terbaik gila sampai aku nak buat – buat tido pun tak berani sebab takut masuk dalam mimpi. Kahkahkah! Walaupun pengarah memperkenalkan pelakon baru tapi aku rasa memang tak silap perkiraan Ismai Bob Hashim kali ni terutama memilih Feroz Khan sebagai pelakon utama. Sampai hari ni aku tertanya-tanya macam mana mata putih Fezrol Khan boleh jadi merah gila. Memang lakonan yang hebat dan buat aku rasa macam aku pulak berada dalam scene tu. Ecehh, hebatkan imaginasi aku yang penakut nihhh? Jalan cerita pun memang tak mengarut, timing pun sesuai aje kira sekali tengok rasa nak tengok lagi sekali bagi korang yang berani.

Sebelum ni last movie aku tengok khurafat itupun balik rumah aku rasa insaf kejap tapi bila tengok Filem Sumpahan Kum Kum terus rasa insaf berkali – kali. Tak perlulah nak cantik bagai sampai nak mati pun dalam keadaan mengaibkan. Dulu time khurafat, aku steady aje tengok takde nak tutup mata, menjerit apatah lagi takde nak keluar suara dari anak tekak. Punya hebat walaupun penakut mengalahkan semut. Paling best, batman gelap kat sebelah aku pun boleh menjerit sama. Isk! Isk!

Rating aku bagi ecehhh segan sebenarnya .. Aku bagi 5/5 sebab buat aku menjerit banyak kali sebab aku bukan jenis suka jerit tambah pulak dengan rasa berdebar tak hilang walaupun dah keluar panggung. Filem seram terbaik setakat ni. Jangan lupa penuhkan panggung wayang berdekatan pada 26 Januari 2012 sebab Sumpahan Kum Kum takkan mengecewakan korang. Aku petik ayat Mejar David Teo ”Bukan Janji Tapi Pasti”. Wuwuwuuuuu.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });