0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

2012 the amazing spider man wallpaper andre garfield Andrew Garfield Interview For The Amazing Spider Man

Baru jer balik dari Screening The Amazing Spiderman lakonan Andrew Garfield yang sebelum ni dilakonkan oleh Tobey Mcguire. First of all mekasih buat nuffnang dan jugak Nisa Kay untuk tiket free malam ni. Tersangatlah best sebab filem ni perghhh menjangkaui expectation aku. Mesti korang ingat tak best sebab hero dia tak ketak – ketak macam Tobey ye dak? Ecehhhh nak yang badan best jek. Heeeeee.

Masa tengok trailer The Amazing Spiderman dalam hati aku alaaaa hero dia kering sangatlah mesti tak best. Belum tengok lagi dah bagi respon negatif. Huwarghhhhhhhh teruknya aku. Tapi apa yang dibayangkan tak sama dengan apa yang ditonton.

Mesti korang fikir filem ni ahhh sama jek dengan yang sebelum ni punya. Baidewey memang sama tapi diolah dengan lebih baik err terbaik wooooo. Pertama kalinya, dalam The Amazing Spiderman ni ada mak dan ayah yang mana korang boleh tahu kenapa Peter Parker ni dihantar pada pakcik dia Ben Parker. Pada awal jalan cerita macam slow sikit tapi tak lama lepas tuuu memang takkan bosan punya.

Lepas Peter Parker digigit labah-labah, semakin lama bertambah seronok dan buat tertunggu-tunggu terutama masa dia mula – mula dapat kuasa. Unik dan penuh dengan humor kot sampai berkali jugak aku gelak. Paling best bila tangan dia melekat kat baju perempuan dalam train sekali dia tarik  perghhh tertanggal baju perempuan tu. Ehhhh boleh yang ni paling aku ingat? Wakakakaa..Paling best bila semua barang yang Peter sentuh mesti pecah takpun rosak.

Walaupun jalan cerita penuh dengan banyak elemen tapi bagi aku tak berat sangat pun kira pengarah tak meninggalkan jalan cerita tergantung. Kalau sebelum ni keluar jek Ben Parker mesti terus nak kena tembak tapi kali ni versi lain walaupun masih cliche. Skrip kali ni nampak banyak logik dia terutama Peter Parker ni minat sains dan bijak dalam menyelesaikan formula sains.

Andrew Garfield as Peter Parker in The Amazing Spider-Man (2012)

Spiderweb yang ada dalam The Amazing Spiderman 2012 bukan original keluar dari hujung tangan tapi dicipta menerusi kebijaksaan Peter dalam sains. Haaaa unikkan?

andrew garfield getting shot in face with white stuff amazing spider-man

Lepas dia siapkan suit spiderman korang boleh nampak macam mana dia hasilkan spiderweb sendiri. Takdelah bosan bila setiap kali keluar versi baru mesti nak sama dengan yang lama.

Ben Parker dan Aunt May

Haaaaaa smart gila kostum spiderman kali ni nampak berkilat dan lebih moden. Spiderman 2012 ni bukan hanya fokus pada aksi lasak dan terbang tinggi – tinggi kat banyak bangunan tapi boleh nampak interaksi antara spiderman dan orang awam.

The Amazing Spider Man Release date

Kat sini unsur humor, sedih dan ketawa kiranya seimbang sebab memang dapat rasa apa yang disampaikan oleh pengarah. Romantik? Woooo filem superhero kali ni tak banyak unsur cinta sebab yang buat aku teruja bila tengok Peter asyik terbang sana sini dengan spiderweb. Heeeeee.

Nampak tak kat lengan spiderman tu ada alat spiderweb? Haaa kalau sebelum ni memang takdenya alat spiderweb tapi benda alah ni datang sendiri bila transform jadi spiderman. Mata dia pulak tak terfikir dibuat daripada cermin mata biasa tapi lebih canggih. Satu persatu diolah sehingga korang rasa ehhh filem ni rupanya lebih detail tapi seronok.

Andrew Garfield Spider-Man Suit 2

Kalau korang pengikut series Spiderman mesti tahu musuh utama dia Dr Curt Connor. Masa ni keluarga Osborn belum muncul lagi. Best memang tak boleh nak sangkal cuma aku konfius kenapa dalam spiderman pertama ni takde Mary Jane Watson tapi Gwen Stacy yang mana dimasukkan sebagai first crush Peter Parker oleh pengarah.

Elemen cinta aku rasa aku tak layan sangat sebab kali ni kerja spiderman menyelamatkan orang awam dan mencari pembunuh Ben Parker. Kalau korang mengharapkan banyak unsur romantik dan cinta wooo jangan terlalu berharap nanti kecewa. Heeeee.

Bagi aku, filem The Amazing Spiderman 2012 mencapai jangkaan malah lebih cuma awal jek yang slow tapi lepas tu mesti taknak bergerak dari tempat duduk. Kalau dulu aku selalu nak banyak aksi flying dengan spiderweb tapi tak banyak pun aksi tu tapi kali ni perghhhhh memang seronok kiranya macam dapat kepuasan dengan nampak dia terbang tambah pulak kostum dia smart.

Bukan setakat aksi ganas tapi lawak dan sedih ada sekali memang aku rasa aaawwww jangan menangis dalam panggung. Kahkahkah! Aku ni bukanlah kaki sentimental tapi tadi nak berair jugak mata mungkin sedih sangat tengok ekspresi muka Andrew Garfield yang menangis lepas kehilangan pakcik kesayangan dia. Ada lagi beberapa scene yang sedih tapi mana boleh bagitahu semua ye dak? Rating star? Aku bagi 4.8/5 untuk filem kali ni. Jangan lupa menonton ye!

Serba merah hari ni macam kena pulak dengan tema spiderman. Abaikan muka aku yang plain gila takde mekap bagai since lepas ambil kawan terus bergerak ke sunway pyramid. Ikutkan hati tadi nak pakai short jek kiranya ambil kawan balik rumah baru bersiap dan bertolak ke sunway tapi selalunya plan awal – awal mesti tak jadik. Sudahnyaaaa sempoi jek aku pergi screening. Muahahaaa.

Kadang- kadang naluri budak – budak tu tak pernah hilang dalam diri kita. Masa aku nampak spiderman tergantung kat atas tu terus tak sabar nak bergambar ke sana. Punyalah eksited tapi bila kawan buat muka pelik, okeh aku dah tua rupanya. Kahkahkah. Thank again to nuffnang untuk filem yang best kali ni.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });