0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

this-means-war-movie-poster

First of all, aku nak time kasih bebanyak kat nuffnang sebab bagi tiket free dan dengan hapinya hari ini aku dapat tengok filem terbaik yang buat aku gelak sejam setengah tanpa henti sampaikan popcorn dan air kat tepi pun aku tak sentuh. Hebatkan penangan This Means War? 25hb februari 2012, filem ini akan ditayangkan jadi baca dulu review aku ye.

Sinopsis This Means War;

The world’s deadliest CIA operatives are inseparable partners and best friends until they fall for the same woman. Having once helped bring down entire enemy nations, they are now employing their incomparable skills and an endless array of high-tech gadgetry against their greatest nemesis ever – each other.

Aku pernah cakap aku suka gila dengan filem aksi tapi baru nihh kecewa lepas tengok filem haywire tapi semua terubat lepas dapat tengok This Means War tadi lakonan Tuck (Tom Hardy) and FDR (Chris Pine), dua sahabat baik dan partner dalam CIA yang berebut Lauren (Reese Witherspoon). Kalau korang memang tertunggu-tunggu filem romantik, komedi, family dan penuh aksi, filem ini memang sempurna. Dua jejaka yang sangat charming bertarung sesama sendiri untuk mendapat cinta perempuan yang sama.

Tuck yang menjadi partner FDR tapi duda anak seorang.  British spy yang sangat gentlement yang berkenalan dengan Lauren melalui online dating. Orang handsome pun boleh dating onlinekan?

Antara Tuck dan FDR aku lebih minat dengan FDR. Ensem, charming pun ye jugak dan pandai berlawan. Paling best, dorang berlawan secara adil dan tak boleh blah bila menggunakan kuasa spy dorang untuk mengintip Lauren. Tuck dan FDR sepatutnya memburu pengganas tapi sebaliknya menggunakan dorang punya agen untuk spy Lauren. Siap pasang alat pendengar suara dan camera kat dalam apartment.

tom-hardy-reese-witherspoon-this-means-war

Masing – masing cuba nak buktikan hebat dan memiliki daya tarikan tersendiri untuk pikat hati Lauren. Bayangkan, apa yang Lauren suka dan minat, dorang dah study awal – awal so bila keluar memang perfect man jawabnya sampaikan tak tahu nak pilih yang mana satu. Belum lagi cukup dengan lawak yang memang kelakar. Penat aku gelak dalam panggung.

Tapi filem ni ada lucah jugak tapi takdela over sangat. Selama dorang berebut Lauren, boleh dia tak perasan dua mamat ni sebenarnya bestfriend. Selain dorang bertiga, watak Trish (Chelsea Handler) pun kelakar. Trish ni yang postkan profilem Lauren dalam laman web online dating.

Antara Tuck dan FDR, korang rasa siapa yang Lauren akan pilih? Kalau nak tahu, kenalah jenguk pawagam minggu depan. Memang tak rugi sebab best gila! Aku sendiri pun nak tengok lagi sekali minggu depan sebab tak tak puas tengok sekali. Muahahaaa.

P/s: Macih nuffnang sebab bagi aku tiket free kali ni. Hopefully, lepas ni dapat lagi. Wuwuwuuu.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });