0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam.

Wawa Semput Kesinambungan Adnan Sempit

Minggu ni mesti korang dah tahu kan filem komedi 2013 yang pastinya buat perut korang nak pecah haa apalagi kalau bukan filem Wawa Semput dari MiG lakonan hebat Yana Samsudin, Along dan Angah raja lawak. Kalau korang peminat filem Adnan Sempit kompem tak sabar nak tengok watak Wawa dan Bobby yang sangat sweet. 

Review dari PenMerah;

Filem Wawa Semput ni mengisahkan kisah cinta di antara Wawa, Bobby dan Ismat kesinambungan dari filem Adnan Sempit. Kelainan dalam Wawa Semput ni haaa banyak pantun kelakar tapi santai. Dari awal dah bermula pantun best ”Break dah putus, kita memang putus”.

Bagi aku filem ni lebih kepada cinta remaja terutama bila tengok watak Yana Samsudin yang comel. Walaupun ayat kedengaran seperti bahasa rempit tapi aku rasa menjadi kena dengan watak dia yang garang luaran lembut di dalam. Banyak jalan cerita Wawa Semput yang aku tak dapat nak teka teki sendiri. Biasa dalam wayang tu mesti aku cuba nak jadi pengarah tapi setiap kali ada beberapa part yang buat tekaan aku meleset.

Paling tak sangka, Wawa pilih Ismat dari bobby. Kesian kat Bobby tapi apa yang aku nampak walaupun si Bobby ni malas tapi dia berusaha nak dapatkan orang yang dia sayang. Part paling aku suka masa dia nyanyi lagu kat Wawa. Sweet gila! Belum lagi dengan aksi lawak lepas Wawa balik kampung untuk jumpa bapak dia. Memang kelakar masa sesi urutan batin dari ayah Wawa dengan Bobby. Jenuh aku gelak besar dalam wayang. Sempoi ahh idea pengarah!

Bagi aku, setiap watak dalam Wawa Semput mempunyai kelebihan masing-masing kiranya antara watak Ismat dan bobby dikira sama bagus. Dari berebut nak dapatkan Wawa sampaikan sanggup membajak sawah dengan berlumba motor sampai terjatuh dalam sawah padi, perghh memang aku dah tak boleh nak kontrol gelak. Adibah Yunus, mungkin nama baru bagi korang tapi dalam Wawa Semput, lakonan dia banyak perubahan. Boleh dikatakan 70% filem ni buat aku rasa enjoy dan tak sempat nak rasa bosan. Setiap masa tertunggu – tunggu lawak dari dorang.

Kalau korang rasa nak rilek bersantai dengan bergelak ketawa, jangan lupa penuhkan panggung ye! Memang tak rugi korang beli tiket untuk Wawa Semput nanti jenuh nak tahan gelak kat dalam wayang. Untuk Rating Wawa Semput ni, kalau nak tahu aku bagi berapa, apa kata korang tengok sendiri dalam video dari MIG. Terbaik! Woot woot!

Gambar sekitar Malam PraTonton Wawa Semput;

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });