0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Mirror Mirror? Woaahhh filem ni merupakan filem fairy tale Snow White yang diberi nafas baru yang femes dengan tagline ” Mirror,mirror on the wallWho’s the fairest of them all?” Kali ni sekali lagi SnowWhite hasil sentuhan Tarsem Singh ditayangkan di seluruh panggung lakonan hebat Lily Collins, Julia Roberts dan Armie Hammer. 

Aku rasa kalau sebut Snow White mesti terbayang dalam kepala rupa putih salji Snow White yang berlari-lari dikelilingi dengan burung dan binatang sambil menyanyi keriangan. Snow White kali ni diberi nafas lebih moden dengan versi baru berbeza dengan fairy tale sebelum ni yang takut kepada ibu tiri. Snow dalam Mirror Mirror merupakan puteri yang berjuang untuk mempertahankan takhta diraja dan menjadi puteri yang pandai berlawan.

Snow White pertama kali keluar dari bilik kurungan ibu tiri untuk melihat dunia luar. Sedikit sinopsis untuk filem Mirror Mirror;

Mirror Mirror is a story about an evil Queen (Julia Roberts) is left to rule when a terrible beast kills the King (Sean Bean). Snow White (Lily Collins) was then left under the care of the evil Queen.
On her eighteenth birthday, a turning point came upon Snow as she stepped out of the castle prison to the woods, she met the charming Prince Alcott (Armie Hammer) who was robbed by giant bandits saved him with a ‘please’. Not knowing his true identity they went on separate pathways, when Snow reached the village she was shocked to discovered the villagers suffering due to the Queen’s greed. When confronted the Queen, Snow White was sentenced to death but when the Queen’s aide (Nathan Lane) is unable to do the deed, Snow escapes into the woods where she encounters seven brave dwarfs who saved her life. The adventures begun as she was taught with survival skills on self defense and a mission to overthrow the wicked Queen and her plans to marry Prince Alcott. 

Thumbs up untuk Evil Queen lakonan Julia Roberts. Aku suka dengan fesyen evil queen nih sebab menonjolkan kekejaman dan sikap tamak ibu tiri Snow hanya daripada pakaian. Dalam Snow White Mirror Mirror, Evil Queen ni kadangkala kejam tapi jugak kelakar terutama ketika mengorat Prince Alcott.

Sebenarnya, aku mengharapkan Snow White ni menyanyi seperti dalam Enchanted tapi plot cerita bermula dengan Snow yang kehilangan ayah dan mula mencari dunia luar untuk diterokai dimana akhirnya menemukan Snow dengan Prince Alcott yang dirompak oleh orang kerdil.

Selain watak – watak dalam Mirror Mirror, aku kagum dengan background filem ni. Memang terbaik gila terutama ketika Evil queen masuk ke dalam Mirror Mirror untuk pergi ke tempat persembunyian dia. Terdiam aku bila tengok Evil Queen masuk dalam cermin dan keluar melalui laut yang superb cantik!

Sedikit kekeliruan pun ada dalam Mirror Mirror sebab kalau tarian macam nih lebih kurang macam Cinderella tapi aku suka dengan kostum dorang yang sangat adorable. Kan best kalau time menari ni dorang sekalikan dengan nyanyian seperti Snow White yang dulu tapi seperti aku cakap tadi, Snow White baru ni sedikit berbeza. Acara tarian nih diadakan oleh Evil Queen untuk memikat hati putera raja. Tak boleh blah kan bila ibu tiri pulak yang beria nak kahwin. Kahkahkah!

Tak lengkap filem Snow White kalau takde orang kerdil. 7 orang kerdil semuanya sangat cute dan mempunyai karektor berbeza. Mirror Mirror ni mempunyai jalan cerita yang unik dan lain dari yang kita fikirkan. Bayangkan masa si kerdil ini keluar merompak putera tapi tak sangka pun sebenarnya dorang adalah manusia kerdil. Macam mana tuh? Mana boleh aku jawab semuakan? Nanti korang tak eksited pulak nak tengok.

Nak lengkapkan Snow yang kuat dari fizikal dan mental, 7 orang kerdil ni mengajar snow setiap skill dorang sehingga pandai berlawan dan bijak menewaskan musuh. Setiap sorang daripada dwarves nih mempamerkan keunikan masing – masing dan sampai sekarang buat aku teringat gelagat comel dorang. Superrr cute!

Haaaa ni pulak heroin dan hero Mirror Mirror. Snow yang ditukarkan menjadi rakyat biasa oleh orang kerdil nampak menawan dengan baju warna biru. Menyerlah betul kecantikan dia! Time nih Snow dah ready untuk merampas kuasa dari Evil Queen bersama dengan putera raja. Selain kisah cinta bersama putera raja yang kacak, Snow White 2012 ni dimodenkan dengan elemen baru dalam fairy tale lama iaitu boleh bersuara dengan berani dan menentukan hala tuju sendiri tanpa dikawal oleh keluarga.

P/s: Ikutkan pendapat aku, Mirror Mirror ni unik sebenarnya sebab bagi lebih kepuasan pada ending terutama pada chapter buah epal. Mustahil la takde scene buah epal kalau dalam Snow White kan. Tapi paling best bila ada part versi hindustan yang buat korang ketawa besar. Nak tahu macam mana, korang kena la pergi penuhkan wayang.  Selamat menonton!

 

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });