0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

 

Waachaaaa..

 

Hari selasa baru ini time aku berbuka puasa dengan Nisa Kay, benda wajib kitaorang buat semestinya window shopping. Ahhh window shoppinglaa sangat. haha. Malam tu aku tak merancang pun nak pergi Forest Secret tapi tengah sibuk mencari barangan muka Nisa, sempat jugak masuk sekejap. Alaahhh ada ker istilah sekejap untuk ladies? haha.

Mulanya, aku cuma sekadar teman si Nisa nak beli serum untuk kecilkan liang pori – pori tapi bila dah masuk kedai, terus rambang mata bila promoter kedai bagitau serum tu ada potongan 80% wic means harganya RM10 sebotol!!!! Murah dol!  Dengan tanpa was -was lagi, terus aku balun 6 botol. haha.

Untungnya dekat The Curve walaupun musim perayaan, mana – mana kedai kat dalam ini macam tak ramai yang bershopping.

Sales punya laaahhh murah tapi mungkin tak ramai yang tahu kat dalam ini tengah ada jualan gila vavi best? haha.

Antara barangan yang aku beli kat forest secret sama macam Nisa Kay, serum untuk kecikkan pori – pori dan virgin coconut oil untuk lebatkan rambut. Bab rambut ini aku memang jaga memandangkan dulunya rambut aku pernah gugur dengan teruknya. Alhamdulillah sekarang ini rambut aku kembali cantik. haha.

Eceehhhh lipstik baru dari forest secret.

Window shoppinglaaa sangat? Hamek ko sekali balun 2 paperbag Forest Secret, satu Nisa Kay dan satu lagi aku yang punya. haha.

 

 

 

Psst: Punyalaahhhh eksited masuk kedai forest secret, boleh pulak aku terlupa nak pergi watson. haiyaaaaa!

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });