0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

(SAYU) Pelajar Maut Kemalangan Ketika Dalam Perjalanan Ke Majlis Konvokesyen

kemalangan

Seorang graduan tidak sempat menggenggam segulung diploma pada Istiadat Konvokesyen Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) setelah mangsa ditemui lemas apabila kereta yang dipandunya hilang sebelum terbabas ke dalam parit.

Terperangkap

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi, Nurul Azmina Alias yang berumur 21 tahun, terperangkap di tempat duduk pemandu keretanya.

Ini setelah kereta Proton Perdana yang dipandunya terbalik di Jalan Tebuk Sultan-Jalan Alang, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam.

Difahamkan Nurul Azmina yang menerima Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar dalam perjalanan dari sebuah homestay di Sungai Air Tawar ke politeknik itu bagi menghadiri sidang kedua konvokesyen PSIS.

Siasatan Polis

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa yang beralamat di Flat Sri Melaka, Cheras meninggal dunia akibat lemas dalam parit yang mempunyai kedalaman air setinggi dua meter.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa polis ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk dibedah siasat dan pegawai perubatan di hospital itu mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lemas.

Konvokesyen Sayu

Sementara itu suasana sayu menyelubungi Majlis Konvokesyen PSIS apabila surah al-Fatihah dibacakan kepada seorang penuntut mereka yang terlibat dalam nahas berkenaan.

Ketika surah itu dibaca, majlis konvokesyen tersebut sepi seketika sebagai menghormati pemergian Nurul Azmina yang sepatutnya menerima diploma pagi tadi.

Keluarga mangsa tiba lebih awal bagi menghadiri konvokesyen di politeknik itu, namun tergamam sebaik dimaklumkan Nurul Azmina meninggal dunia.

Takziah buat keluarga. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });