0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Waachaaa.

Bila ada penyakit mesti ada penawar so hari ni aku nak share sayur dan buah untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Tapi selalunya kes darah tinggi ni kerapnya dikalangan mereka yang berusia takpun stress kat tempat kerja. Wuwuwuuuu.

Kalau dari sekarang tak cuba mengubati diri sendiri takkan nak tunggu dah tersadai atas katil menyusahkan orang kiri kanan baru nak nyesal? Tak guna meyhhhh! Aku listkan beberapa buah yang boleh korang makan supaya sihat sejahteraaa. Muahahaaaaa.

Sebelum tu, pernah korang terfikir tak kalau terkena serangan darah tinggi korang boleh mengidap strok dan jantung? Fuhh muda – muda dah berpenyakit. Isk! Isk! Jom ubah gaya hidup yang lebih baik dengan mengambil buah – buahan berikut;

 Pisang
Selain mengandungi kalium dan potasium, pisang membantu menstabilkan tekanan darah.

2. Kacang Buncis
Seperti pisang, kacang buncis mengandungi potasium, yang mampu mengurangi tekanan darah.

3. Bayam
Korang rasa nape si popoye tu suka makan bayam? Haa sebabnya ada sumber magnesium yang sangat baik dan kandungan folat dalam tu melindungi tubuh dari homosistein yang membuat bahan kimia berbahaya. Kalau bayam, biasanya aku suka makan cara mengukus tu. Sedap meyhhh.

4. Kentang
Kentang juga bagus untuk menurunkan tekanan darah, asalkan jika dimasak dengan benar. Jangan menggoreng dan hindari menambah mentega atau keju pada olahan kentang yang akan dikonsumsi.

5. Ikan

Ikan mengandungi lemak Omega 3 yang boleh menurunkan tekanan darah tapi jangan terlebih pulak.


6 Biji bunga matahari
Kalau sebut biji bunga matahari, mesti semua mata bulat aje sebab confuse buah apakebenda la kan? Korang tau kuaci? Haaa kuaci yang zizan campak time kat dalam hospital dalam filem hantu bonceng tuuuuu. Kuaci ni mengandungi magnesium yang tinggi woaahhhh dan boleh mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Tapi nak makan kuaci tu kena pandai memilih jangan main rembat yang ada garam tuhhh. Karang makin terukk dibuatnya. Muahahahaaaaa.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });