0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Selepas 10 hari Bernikah, Isteri Remaja 18 Tahun Buat Laporan Polis

Selepas 10 hari Bernikah, Isteri Remaja 18 Tahun Buat Laporan Polis

lapor

Sebelum ini kisah perkahwinan antara remaja 18 tahun dan wanita 40 tahun menjadi viral di laman media sosial. Selepas 10 hari berkahwin, si isteri Dayang Sopiah Gusti telah membuat satu laporan polis.

Pasangan suami isteri ini dipandang serong segelintir masyarakat yang memandang serong perkahwinan mereka berikutan penyebaran berita palsu yang didakwa berunsur fitnah.

Dayang Sopiah berkata, berita palsu tersebut yang disebarkan di laman Facebook oleh pemilik akaun “Kisah Viral” yang mendakwa dia dan suami terpaksa berkahwin kerana mempunyai hubungan terlarang sebelum ini.

Sehubungan itu, Dayang So­piah dan suaminya, Mohd. Sofi hadir di Balai Polis Kuala Penyu untuk membuat laporan polis terhadap pemilik akaun berkenaan.

Ini komennya:

“Saya mahu tahu sangat siapa di sebalik penyebaran berita itu. Kalau tahu semua yang terlibat tentu dapat tahu dari mana bermulanya viral itu dan apakah motif mereka.

“Hubungan kami ok. Cuma saya harap tiada lagi pihak yang buat berita palsu seperti ini,”

“Saya stress dan sakit hati.”

“Anak sulung saya yang bersekolah di tingkatan empat juga terkejut dengan perkara itu manakala anak saya seorang lagi yang bakal menduduki ujian PT3 tertekan”.

Kisah perkahwinan mereka menjadi viral dan dianggap luar biasa berikutan Dayang Sopiah yang mempunyai lima anak dalam perkahwinan sebelum ini berkahwin dengan suaminya yang baru berumur 18 tahun.

Dayang Sopiah dan suaminya akan membuat laporan di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Beaufort agar penyebaran berita palsu itu dapat dihentikan.

Walaupun banyak cabaran, Dayang dan suaminya tetap menjalani kehidupan seperti biasa dan hubungan mereka amat baik. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });