0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

126

JOHOR BAHRU – Selepas 24 jam HSA terbakar, yang meragut nyawa enam pesakit, Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini sekali lagi gempar dengan kebakaran.

Kali ini insiden tersebut melibatkan sebuah dewan bedah di tingkat satu bangunan induk hospital berkenaan dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.30 tengahari tadi.

 

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.30 petang ini dan turut kelihatan asap keluar dari kawasan bangunan di tingkat satu selain persekitar turut berbau hangit. Jentera pasukan bomba dan penyelamat dilihat bergegas memasuki kawasan tersebut untuk memadamkan api dan setakat ini belum ada lagi sebarang maklumat mengenai punca kebakaran yang terbaharu berkenaan.

 

Dalam pada itu, agensi berita rasmi Bernama pula melaporkan, semua petugas dan pesakit yang berada di dalam bangunan induk HSA telah pun diarahkan keluar ke kawasan selamat ditetapkan sebagai langkah berjaga-jaga.

 

Difahamkan semasa kejadian, kebetulan hanya ada beberapa pesakit dan kakitangan HSA dalam bilik berkenaan, namun masih belum diketahui insiden baharu itu ada melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa. Laporan lanjut menyusul kemudian.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });