0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Semakin Melampau!! Penghantar Surat Parah Ditetak Penyamun

dite
Seorang lelaki berumur 26 tahun yang merupakan seorang penghantar surat, cedera parah selepas ditetak empat penjenayah.

Empat penyamun telah merompak mangsa ketika menunggang motosikal di Jalan Mahameru, di sini, 2.30 petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Superintenden Mohamed Rafiq Mohamed Mustafa berkata, kejadian berlaku ketika mangsa menunggang motosikal dari Jalan Mahameru menuju ke Sentul.

Katanya, apabila tiba di lokasi terbabit mangsa ditahan empat lelaki yang menunggang dua motosikal.

Ini kenyataan polis:

“Apabila mangsa berhenti dia disamun empat lelaki terbabit. Mangsa cuba melawan menyebabkan dia ditetak oleh suspek menggunakan senjata tajam dipercayai parang.

“Suspek kemudiannya melarikan motosikal model Yamaha LC135 warna hitam ditunggang mangsa dan mengambil dompet berisi wang tunai sebanyak RM500.

“Mangsa cedera di kedua-kedua tangan dan kaki dibantu orang awam yang memaklumkan kejadian kepada polis dan dia kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) serta dilaporkan stabil,”

Orang ramai melihat kejadian jenayah ini semakin melampau-lampau. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });