0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Waachaaaaa..

 

Masuk hari ini, kucing parsi aku dahpun berusia 4 bulan. Woaaahhh pejam celik sekejap jer 4 bulan tu berlalu rasa macam baru semalam ajar dorang minum susu guna shrink. Wuwuwuuuuu.

Si Gebus yang comel ni nama dia Junior tapi pasif sikit berbanding lagi 2 ekor. Aku pun tak tahu apsal dia ni pasif sangat sebabnya lagi 2 ekor asyik melompat sana sini sampai setiap hari nak kena kemas rumah. Eceh, macamlah aku ni rajin sangat mengemasnya. Time aku tengah menaip ni, si sox tengah mengadap laptop sambil tengok aku menaip satu – satu. Manjanya ko sox.

3 ekor boleh dikatakan semuanya manja cuma Junior tak berapa suka nak datang atas orang pastu baring. Kalau melepak kat sofa bersama dengan lagi 2 ekor tu perkara biasa aje. Kerja dorang lepas berlari – lari mesti tido. Muahahaaaa.

Sox macam nama stoking tapi kucing parsi aku yang ni laa paling best nak main. Bukan apa, bila aku jerit ”Sooooxxxxxxxxxxxx” terus dia meluru berlari ayam ke arah aku walaupun time tu tengah nak berak. Terharu meyhhhh. Pantang aku duduk atas sofa, mesti terus naik baring atas riba. Aku alih pun mesti dia nak jugak duduk walaupun kat sebelah peha jer. Seee, manja gila kan sox ni? Muka dia aku tak pernah nampak bertaik tak kira tahi hidung ker tahi mata memang langsung takde. Setiap masa asyik mandikan bulu dia. Memang kucing aku yang paling bersih nihhhh. Sayang sox!

Tengah mengeliat tu nama dia Romeo suka tido dan suka makan. Muka romeo ni macam bapak dia tapi badan dah tak nampak tough macam bapak dia. Dulu time kecik – kecik, dia la yang paling besor tapi sekarang dia pulak yang paling kecik.

 

 

 

 

 

P/s: Nak jaga kucing ni kena rajin sebenarnya berbeza betul dengan perangai aku yang pemalas. Muahahahaaaa.

 

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });