0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Siap Sedia Untuk Lihat Fenomena Supermoon HARI INI, Bermula Pada 7.24 Malam Hingga Jam 9.54 Malam

supermoon

Fenomena Supermoon yang luar biasa akan bermula pada malam ini jam 7.24 malam.

Dikatakan fenomena supermoon pada kali ini adalah lebih luar biasa dari yang lain disebabkan kedudukan bulan ketika itu adalah di jarak yang paling dekat sejak tahun 1948.

Menurut Agensi Angkasa Negara atau dikenali sebagai ANGKASA, fasa penuh atau purnama akan berlaku pada jam 9.54 malam.

Ini kenyataannya:

‘SUPERMOON’ TERBESAR SEJAK 1948 AKAN BERLAKU PADA 14 NOVEMBER 2016

KUALA LUMPUR, 8 November – Fenomena Supermoon adalah satu fenomena astronomi di mana Bulan akan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi (perigee) pada jam 07:24 malam dan seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada jam 09:54 malam.

Kejadian ini dikenali sebagai Bulan Penuh Perigee bagi ahli astronomi dan istilah ‘supermoon’ di kalangan masyarakat umum. Fenomena ini boleh dilihat pada 14 November 2016.

Keadaan Bulan di kedudukan perigee ketika fasa purnama ini menyebabkan Bulan kelihatan seolah-olah lebih besar dari keadaan biasa. Bagaimanapun saiz fizikal Bulan sebenarnya tidak berubah sama sekali. Fenomena supermoon telah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 September 2015.

Bagaimanapun kejadian kali ini merupakan supermoon yang berada pada jarak paling dekat dengan Bumi sejak 68 tahun. Maka rakyat Malaysia perlu mengambil kesempatan ini untuk menyaksikannya kerana ianya dijangka berlaku 18 tahun akan datang.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh melayari laman sesawang, Facebook dan Twitter: Agensi Angkasa Negara (ANGKASA). Orang ramai juga dijemput untuk berkongsi imej Perigee Bulan Purnama pada 14 November ini di Facebook ANGKASA.

Disediakan oleh:

Unit Komunikasi Korporat
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
www.angkasa.gov.my
Tel: 03-3182 4000 Fax: 03-2273 5488 / 03-3181 1304

Jadi, pastikan semua sudah mempunyai port yang jelas untuk melihat supermoon esok dan bersedia dengan kamera untuk mengambil foto bulan yang cantik.

Sumber: Angkasa

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });