0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

108

JIKA sebelum ini jenama fesyen terkenal, Balenciaga pernah menjadi bahan jenaka apabila memperagakan koleksi musim bunga/panas 2017 dengan mempamerkan beg tangan bersaiz jumbo seperti beg toto.

Kali ini pula alas kaki yang mudah didapati di negara Asia dijadikan beg tangan sekaligus meenjadi trend terkini di Amerika Syarikat.

Beg jenis klac yang dijual melalui web dalam talian iaitu Nomad Tribe Shop mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Melihat kepada kain dan reka bentuk beg tersebut, sudah tentu anda akan dapat melihat ianya seperti alas kaki yang ada pada setiap rumah rakyat negara ini.

Ianya mudah didapati dengan harga kurang daripada RM2.50 tetapi berbeza dengan beg tersebut apabila dijual dengan harga USD200 (RM835).

Beg yang semakin menjadi trend ini mula mendapat sambutan apabila diperagakan oleh seorang blogger dari Amerika dan menjadi viral di Thailand.

Seorang blogger dari New York, Kyrzayda Rodriguez memuat naik gambar tersebut dalam laman blognya dan netizen Asia tidak henti mentertawakan beg tersebut.

Antara komen netizen, “Saya ada benda ini di rumah ibu. Saya selalu guna untuk lap kaki tetapi tidak tahu ia boleh dijadikan fesyen”.

“Ada banyak dirumah saya. Siapa mahu? Saya jual lebih murah dari US, hanya RM20 bukan USD200′.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });