0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

‘Siapa Suruh Tak Pandai Jaga Laki’ – Perempuan Simpanan Suami

siapa

Ini merupakan kisah benar yang berlaku ke atas seorang isteri yang mengetahui suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

Memang hancur leburlah hati si isteri jika mengetahui perkara seperti ini apatah lagi ketika itu si isteri sedang sarat mengandungkan zuriat suami.

Menerusi FB Glend Mum, satu gambar perbualan si isteri dengan wanita simpanan suaminya telah dimuatnaik berserta luahan hatinya tentang kecurangan suaminya.

Ini luahannya:

Aku ibu kepada dua orang anak. Sekarang sarat mengandung enam bulan. Suami aku sudah berubah dan curang dengan wanita lain.

Dua minggu yang lalu, aku merampas telefon suami ketika dia sedang leka bermesej dengan wanita itu. Lois, nama yang tertera di telefon suami. Ternyata bukan seorang lelaki tetapi wanita simpanannya.

Selama ini saya tertipu dengan nama tersebut. Nama yang digunakan untuk mengabui perbuatan sumbang mereka.

Kepada wanita bernama Lois, saya tidak peduli awak siapa, tetapi tolong jauhi suami saya. Kamu telah merosakkan masjid yang telah kami bina belasan tahun. Kalau awak nak mengatal, carilah orang lain, bukannya dengan suami saya.

Kepada Tasip, nama yang mereka sebut dalam mesej, tolong nasihatkan wanita ini. Anda mungkin orang terdekat, saudara dia atau anda suami kepadanya. Dia telah merosakkan rumahtangga saya. Dan sekarang dia sengaja block nombor telefon saya untuk mengelakkan dirinya setelah saya mengetahui hubungan mereka menyebabkan saya terpaksa umumkan di Facebook ini.

Saya tahu bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Tetapi sebagai wanita, kita harus menjaga maruah diri. Jangan menjadi alat pemuas nafsu serakah lelaki buaya seperti suami saya. Seorang pelacur ada harga dan mendapat bayarannya. Tetapi kamu lebih teruk sehingga berzina di dalam kereta.

Suamiku, tiada kemaafan di hati ini di atas perbuatan kamu itu. Ketika aku sedang sarat mengandungkan anak kita, kamu sanggup mencurangi aku. Di sini, saya buktikan mesej mereka ketika saya merampas telefon suami, dua minggu yang lalu.

Mesej yang lain mungkin sudah dipadamkan oleh suami. Tetapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Hancur hati seorang isteri. Aku kecewa, aku derita. – Glend Mum

1

4 (1)

Ini merupakan dugaan yang besar buat isteri. Suami diluar sana haruslah menyayangi isteri anda, dia yang melahirkan zuriat anda dan melayan anda sepanjang perkahwinan. hargailah isteri anda. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });