0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

SILA SHARE !! Do’s & Dont’s Buat Fresh Graduates

fresh

Khas buat fresh graduates, ini merupakan sedikit tips untuk mereka menempuhi alam pekerjaan.

Jom baca:

Do’s & Dont’s Buat Fresh Graduates Ketika Interview

Assalamualaikum semua, saya ex iium dan skrg bekerja di salah sebuah syarikat GLC di KL.

Saya just nak share pengalaman interview fresh grad pada adik2 yang sedang mencari kerja. Cuma nak share ini pemantauan dan pengalaman yang saya dapat sepanjang bekerja di syarikat kecil, syarikat multinasional dan GLC, semuanya sama je.

Ini tips yang anda perlu dan jangan buat, tak kisahlah apa jenis company yang anda nak pergi interview. Make sure hadam betul2 sebelum pergi interview ye.

Do’s:

1. Datang awal sebelum interview sekurang-kurangnya setengah jam sebelum. Kalau interview pkl 8:30 make sure pkl 8 dah terpacak kt ofis tu.
2. Bangun awal dan sarapan. Make sure kunci jam malam sebelum dan fikir siap2 nak sarapan apa esok. Anda tak akan selesa pg interview dgn perut kosong kan. Lagi satu make sure jgn makan berat sgt takut nnt mengantuk masa interview.
3. Print resume beserta gambar formal yang nampak professional, buat salinan sijil2 siap2. Pastikan anda buat 2-3 set in case majikan/HR minta untuk simpanan mereka. Simpan dalam fail yang nampak tersusun kemas(stapler atau klipkan untuk lebih teratur). Bawa gambar saiz passport dalam 4-5 keping.
4. Pakai pakaian yang menampakkan professionalisme anda. Untuk lelaki senang je, pakai kemeja tuck in, seluar slack gelap dan tie(optional). Untuk perempuan kalau nak pakai baju kurung pastikan warna tak terlampau terang dan corak tak crowded. Kalau nak pakai kemeja pastikan warna gelap atau pastel beserta seluar slack gelap. Tapi kalau jawatan yang anda nak pg interview atau anda tau ofis tu pakai tshrt je, pakai la tshrt berkolar utk lelaki, yg perempuan pun pakai tshrt yang nampak professional. Tp ingat, kalau nak selamat pakai je formal.
5. Cari soalan2 interview yang famous di google atau facebook atau mana2 carian internet. Berlatih konon2 anda sedang menjawab soalan daripada penemu ramah. Berlatih sampai hilang gagap atau nervous tu. Minta tolong ahli keluarga atau kawan2 jadi penemu ramah.
6. Expect the unexpected. Contohnya kalau anda interview untuk post executive sales, fikirkan apa soalan yang di luar kotak jangkaan anda. Contoh soalan, company punya profit tahun ni naik 5%, apa yang anda akan buat sekiranya anda dpt kerja ni untuk naikkan profit sehingga 20% untuk tahun depan? Bagi jawapan walaupun nampak gah tapi logik. Jawab dengan muka penuh keyakinan dan tenang.
7. Buat kajian tentang company yang kita nak interview. Contohnya apa company tu buat, berapa byk bisnes/bidang yang ada, pencapaian company dalam dan luar negara, misi/visi, ada berapa byk cawangan dan sbgnya. Cari la kat website company tu dan tanya2 org sekeliling mcm pensyarah ke, senior kt universiti or family2.
8. Doa sebelum interview dan tawakal selepasnya. Rezeki tu di tangan Allah, kalau ada rezeki mesti kita dapat.

Don’ts

1. Yang paling penting jgn dtg lmbt, 1st impression majikan sgt penting pada anda. Kalau interview pun dtg lmbt apatah lagi dah dpt kerja nnt. Anda kena ingat, majikan ni ada yang sgt sibuk perlu ke sana sini. Kalau dia ada appoinment lain sejam lepas tu tapi anda smpai pun sejam lepas waktu yg dijanjikan, mungkin anda kena reject awal2 dan disuruh balik terus.
2. Ada case fresh grad lupa bawa resume, anda agak2 mcm mana majikan nak yakin anda competent utk jawatan tu? Gambar passport pun tak bawa, macam mana majikan nak kenal pasti gambar anda melalui borang permohonan?
3. Masa interview, jangan tunjuk sgt yang kita tak ada pengalaman. Bila tanya pasal company boleh cakap tak tau. Lepas tu buat muka kesian. Jgn harap muka kesian kita tu boleh dpt kerja. Kita nak minta ehsan org, jadi pandai2 la ambil hati dengan cara professional.
4. Jangan tergedik-gedik/malu2/gelak2 masa interview. Percayalah, majikan tak nak pun tengok anda buat perangai kebudak-budakan masa interview walaupun anda baru je fresh grad. Jawab soalan jangan cakap meleret-leret dengan nada gedik. Perempuan atau lelaki sama je. X perlu la sampai nak buat muka hulk. Just maintain calm. Jawab dengan nada yang tersusun.
5. Jangan gagap2 atau ambil masa yang lama untuk jawab soalan. Sebab tu penting kita bersedia sebelum dtg interview. Kalau kita gagap atau teragak-agak nak jawab soalan, kita akan buat org x yakin dgn kita.
6. Jgn demand gaji tinggi. Walaupun anda pemegang ijazah/diploma/master/phd kelas pertama, semua itu tiada nilai kalau anda tak ada pengalaman di tempat kerja. Jgn ingat kalau ada degree, gaji minimum 2.5k. Tak, anda silap. Graduan sekarang berlambak-lambak kat malaysia, ada yg 1st class degree pun drpd oversea. Kebanyakan majikan tak kisah kalau anda x dpt dekan pun masa belajar. Yang penting masa kerja willing utk belajar benda baru and cari pengalaman. Ekonomi malaysia skrg sangat lah teruk, jadi jgn demand sgt ye.

Okay, setakat itu saja saya nak share. Kalau ada pembaca2 nak tambah dipersilakan ye. Terima kasih.

– Ex IIUM

Inilah pengalaman dari page IIUM Confession. Semoga dijadikan manfaat. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });