0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Mesti korang tak sangka macam aku jugak rupanya wujud sindrom sleeping beauty atau lebih dikenali tidur lama malah ada sesetengah menggelarkan sebagai sindrom Kleine Levin. Pertama kali jugak dengar sindrom pelik ni yang mana seorang pelajar tertidur sehingga 2 bulan lamanya. Perghhh entah apa yang dia mimpi sampai lama sangat.

Stacey Comerford, 15, from Telford, Shropshire, suffers from Kleine-Levin syndrome and has recently come out of her longest episode, which lasted two months.

Gara-gara menghidap penyakit gangguan saraf, seorang pelajar tercicir daripada peperiksaan selepas tertidur pada April lalu dan hanya terjaga minggu lalu. Disebabkan masalah itu, Stacey Comerford, 15, terlepas sembilan peperiksaan walaupun dia dijangka memperoleh markah A dalam setiap subjek diambilnya.

Insiden itu juga mencatat rekod tidur paling lama untuk Stacey. Berasal dari Telford, Shropshire, Stacey menjadi seorang daripada kira-kira 1,000 penghidap Sindrom Kleine Levin atau turut dikenali sebagai Sindrom Sleeping Beauty. Media semalam melaporkan, Stacey berharap dia dapat mengulang pembelajarannya secara sambilan dan kesal dengan kejadian menimpanya.

Disorder: She missed nine exams and even her birthday because of a rare condition which leaves her sleeping for weeks at a time
Bagaimanapun, kata Stacey, dia bersyukur di sebalik insiden itu kerana semakin ramai memahami masalah dihadapinya. “Sebelum ini, orang tidak percaya pada apa yang saya alami dan ramai menyangka saya berdalih jika di sekolah, saya tiba-tiba minta izin untuk pulang kerana kepenatan,” katanya.

Sebelum ini, Stacey pernah tidur selama 20 jam sehari dan hanya bangun untuk menghirup sedikit minuman atau pergi ke tandas. Ibunya, Bernie Richards, terpaksa menyuap sedikit makanan di antara waktu tidur itu bagi memastikan dia sihat sebelum kembali tidur.

Changes: Ms Richards, who is a full-time mother-of-six, describes it like ¿living with Jekyll and Hyde¿ because the change in her daughter is like a switch flicking
Tidur melampau Stacey juga menyebabkan dia hilang berat badan hampir 13 kilogram. Menurut Bernie, 53, apabila Stacey tertidur, tiada sebarang amaran atau tanda, sebaliknya berlaku secara tiba-tiba. “Saya pernah terjumpa Stacey tertidur di lantai dapur,” katanya. Apabila terjaga, kata Bernie, Stacey menyangka dia hanya tidur semalaman dan tiada sebarang ingatan mengenainya.

Menurut Bernie, Stacey mula mengalami simptom itu kira-kira setahun lalu tetapi hanya disahkan menghidap penyakit berkenaan pada Mac. Pada peringkat awal, katanya, doktor menyangka perubahan emosi Stacey cuma disebabkan faktor usia seperti remaja lain. “Doktor juga pernah mengesyaki Stacey mengalami ketumbuhan otak, tetapi nasib baik ujian dijalankan menunjukkan sebaliknya,” katanya. Pengesahan mengenai Sindrom Kleine Levin diperoleh ketika Stacey dirawat pakar saraf di Hospital Kanak-kanak Birmingham. HM

P/s: Bahaya jugak penyakit macam ni. Apa pendapat korang?

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });