0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Sinopsis Drama Bicara Hati

Waachaaa..

 

Pernah tak dengar penulis novel Damya Hanna? Kalau time aku kat unversiti dulu, novel dia ini memang aku layan sampai lupa nak makan, lupa nak stadi, lupa nak mandi senang cerita semua kerja aku terbantut gara – gara penulisan Damya Hanna. Paling aku suka novel Bicara Hati.

Tapi kali ini, bestnya novel ini akan menjadi Drama Bicara Hati dan akan diarahkan oleh Osman Ali. Pelakon drama Bicara Hati adalah Sharnaaz Ahmad dan  Kris Chempaka tapi aku rasa macam ada pelakon lain jer yang lagi layak? Novel ini fevret aku jadi aku letak high expectation lebih lagi kalau korang tengok dia punya cover novel, watak yang digambarkan sebagai Zahlia itu cantik dol.

Sharnaaz yang akan membawa watak Tengku Shahran dan Kris Cempaka dengan watak Zahlia?

Sinopsis Bicara Hati;

Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh dengan pemuda itu. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenagi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia kau tetapi dengan syarat, iaitu hak – hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjajian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mengingkari. Kini timbul pelbagi konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan?

Ikutkan pendapat aku, kalau daripada novel, kisah Bicara Hati ini memang best boleh buat menangis kalau yang sensitif tahap dewa. haha. Elemen lawak, marah, dendam, geram, gembira semuanya ada jadi aku tak rasa bosan pun baca. Nak tahu sinopsis penuh bicara hati kena beli novel la baru best! Muahahahahaaa.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });