0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Skandal Di Maahad Tahfiz Miliknya, Ini Respon Ustaz Kazim Elias

uke

Baru-baru ni telah menjadi kecoh kerana satu skandal kes pencabulan luar tabii yang berlaku di sekolah maahad tahfiz.

Maahad Tahfiz Darul Barakah yang dimiliki oleh penceramah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias telah menjadi tumpuan kerana ada mengatakan skandal tersebut berlaku di sana.

Kini Ustaz Kazim Elias telah tampil membuka mulut dan menafikan perkara berkenaan berlaku di sana.

Menurut kenyataan Datuk Ustaz Kazim Elias, Maahad Tahfiz Darul Barakah miliknya itu dilengkapi dengan kamera litar tertutup CCTV di setiap kawasan sekolah dan boleh dikatakan kejadian seperti itu tidak boleh berlaku tanpa pengetahuannya.

Ini komennya:

“Kita sendiri ada pemantau di kalangan pelajar yang kita pilih untuk melihat, memerhati. Respon daripada sekolah, tahfiz kita ini sejak 2009 sampai sekarang 2016 tidak ada kejadian yang macam itu. Kemudian kalau ada pelajar-pelajar yang katakan ia berlaku, dibawa keluar (buktikan). Saya rasa tidak ada pelajar yang sebegitu melainkan mungkin ada orang tidak puas hati,”

Kemungkinan ada cubaan jahat yang cuba nak jatuhkan dan burukkan nama baik Datuk Ustaz Kazim Elias dan maahad tahfiz miliknya itu. Apapun, kena tunggu laporan siasatan dari pihak polis.

Datuk Kazim pada masa sama turut mengingatkan netizen agar tidak memviralkan cerita berkenaan tanpa usul periksa kerana ia boleh menjejaskan pelajar itu sendiri. -PENMERAHDOTCOM

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });