0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

Salam..

Dua tiga menjak ni, aku asyik share pasal kucing jek kan? Well, sejak 2 minggu ni aku baru dapat baby seramai 16 ekor tapi dah mati sekor tinggal lagi 15 ekor kesemuanya. Wahhh, macam intro dragon ball jek. Wahahahahaa. Minggu ni jugak, dengan rajinnya aku sanggup order untuk Smartsift iaitu tempat untuk settlekan poo pee kucing (tahi) kiranya korang tak perlu dah nak guna scoop untuk buang tahi dey all.

Masa dapat tuhh perghhh besar gila kotak dia haaaa memang sesuai dengan 5 ekor kucing yang sedang membesar dalam rumah. Maklumlah aku ni bukanlah orang yang rajin hari – hari nak tukar tahi kucing so aku order dengan sha lepas follow dia kat instagram baru – baru ni. Bagus jugak instag ni selain berkongsi gambar boleh jugak berkongsi gadget.

Masa dapat tuh, mesti korang dah tahu alat poo pee kucing ni kena pasang manual sendiri jadi aku yang memang tahap pemalas ni amek masa lama jugak termenung depan smartsift. Nak mintak tolong siapa? Socky? Junior? Romeo? Semua takde tangan nak tolong pegang. hikhik 

3 benda ni memang dia dah asing awal – awal siap ada instruction so takdelah aku bengap sangat nak pasangnya. >.<

Smartsift yang separuh jalan baru dikerjakan. Nampak macam susah tapi tak sampai 10 minit semua dah siap dipasang oleh si pemalas pen merah. Hikhik

Yang ada pemegang ni kiranya tempat kucing akan masuk buang poo pee kat dalam tu. Time pasang tu terfikir jugak dalam kepala, nanti tak bergoyang ker time kucing aku tonggek – tonggek bontot? Tapi lepas siap pasang rupanya ada penyendal kat tempat pemegang tu so kiranya bila kucing nak berak memang tak bergerak. Wallaweh, hebat ahhh orang yang buat smartsift nih.

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Eh ehhh nampak pulak peha aku kat tepi tuu. Abaikan okeh! Tempat atas tu untuk baby korang melepaskan poo pee lepas dah penuh poo pee tu korang boleh tarik pemegang tadi dan jatuhkan poo pee tu ke bawah. Kiranya time korang pusing pemegang tu, pasir akan bercampur dengan poo pee automatik poo pee kucing akan jadi keras sebab dah dicampur pasir bersih dan terus jatuh ke bawah. Well, cuma tarik plastik dan bungkus jek poo pee tadi lastly campak jek kat dalam bakul sampah. Simple as that!

P/s: Now, hidup aku dah mudah dengan smartsift nih yang membantu mengurangkan beban kerja setiap hari.

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });