0

MY SHOPPING BAG (0 items)

    No products in the shopping bag.
0

 

54

Flyers_ Cabutan First

Pernah dengar SSPN i? SSPN i merupakan Skim Simpanan Pendidikan Nasional yang diwujudkan oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. Baru baru ini, PTPTN memperkenalkan satu lagi produk baru iaitu SSPN-i Plus iaitu Pelan simpanan pendidikan dengan perlindungan takaful.

Apa yang menariknya, SSPN-i Plus mendapat pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000 setahun dan patuh syariah. Nak tahu apa yang istimewanya produk ini?

Kelebihan Menyimpan Di SSPN-i Plus

* Patuh syariah

* Pelepasan taksiran cukai sehingga RM12,000

* Dividen kompetitif

* Komitmen serendah RM30 sebulan

* Khairat kematian termasuk pasangan dan tiga orang anak

* Elaun kemasukan hospital

* Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal

* Manfaat perlindungan sehingga RM1 juta

* Tiada pemeriksaan kesihatan

* Layak memohon pembiayaan PTPTN

* Simpanan dijamin kerajaan

SSPN i Plus ini merupakan idea bernas di antara PTPTN dengan Hong Leong MSIG Takaful yang mana dapat memupuk sikap menabung dikalangan masyarakat selain dapat mempersiapkan diri anak anak kita selepas ini yang bukan hanya sekadar berharap kepada pinjaman semata mata.

Siapakah yang layak membuka akaun SSPN-i Plus?

Semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun sehingga mencapai umur 64 tahun layak membuka akaun untuk diri sendiri dan boleh membuka akaun untuk anak atau anak jagaan yang sah (mestilah juga warganegara Malaysia) yang berumur 1 hari sehingga mencapai umur 29 tahun.

Dengan hanya menyimpan dalam SSPN-i Plus RM50, anda berpeluang memenangi Cabutan. Wow! SSPN-i Plus di mana lebih 300 hadiah bernilai RM1.5 juta telah disediakan untuk para pendeposit SSPN-i Plus.Cabutan Wow! SSPN-i Plus 2016/ 2017 merangkumi Cabutan Suku Tahun dan Cabutan Tahunan. Bagi Cabutan Suku Tahun terdapat tiga (3) kali cabutan dengan setiap cabutan menawarkan Hadiah Utama sebuah Honda Jazz dan saguhati wang tunai bernilai RM2,000 kepada 20 orang pendeposit yang berjaya. Manakala Cabutan Tahunan pula menawarkan Hadiah Utama sebuah Proton Perdana. Tempat kedua pula menawarkan Toyota Vios kepada 3 pendeposit yang berjaya dan tempat ketiga Motosikal Kawasaki kepada 5 pendeposit yang berjaya. Hadiah saguhati wang tunai bernilai RM2,000 juga disediakan kepada 250 pendeposit.

Malah, bagi memudahkan skim tabungan SSPN-i Plus kepada orang ramai, PTPTN juga memperkenalkan Ejen Online PTPTN yang mana anda hanya perlu online di mana mana saja tanpa perlu berurusan di kaunter. Komisen sebanyak 15% diberikan kepada Rakan Niaga Affiliate dan 25% diberikan kepada Ejen Pemasaran Online. Ejen Online PTPTN juga tidak perlu menyediakan sebarang modal, waktu kerja yang amat fleksibel, latihan/ bimbingan berterusan diberikan dan tidak melibatkan transaksi tunai.

Antara Kelebihan menjadi EJEN ONLINE PTPTN ialah seperti berikut :

Komisyen Yang Lumayan Bermula Dari 15% hingga 25%

Produk Patuh Syariah

Jenama Yang Dipercayai PTPTN

Pendapatan Tanpa Had & Berterusan

Tanpa Modal Perniagaan

Waktu Kerja Yang Fleksible

Latihan & Bimbingan Juga Diberikan

Sokongan Pemasaran Yang Berterusan

Pasaran Luas  Tanpa Sempadan

Tidak Melibatkan Transaksi Tunai

Dapat Menggalakkan Masyarakat Menabung

Berita baik buat EJEN Online PTPTN, PTPTN juga menyediakan AnugerahEjen Online PTPTN Terbaik yang mana ejen ejen ini berpeluang memenangi hadiah lumayan berupa pakej percutian ke luar negara dan wang tunai sehingga RM4,000. Maklumat lanjut, layari

http://www.ptptn.gov.my/

Apa Kata Mereka?

Lagi Topik Menarik


Buat Komen

Atas
$(document).ready(function() { $("#owl-demo").owlCarousel({ autoPlay: false, items : 5, itemsDesktop : [1199,5], itemsDesktopSmall : [979,4], itemsTablet : [770,3], itemsMobile : [480,1], pagination : false, navigation : false }); }); $(document).ready(function(){ $(window).scroll(function(){ if ($(this).scrollTop() > 100) { $('.scrollToTop').fadeIn(); } else { $('.scrollToTop').fadeOut(); } }); $('.scrollToTop').click(function(){ $('html, body').animate({scrollTop : 0},800); return false; }); }); $('a[href^=#]').click(function(){ event.preventDefault(); var target = $(this).attr('href'); if (target == '#') $('html, body').animate({scrollTop : 0}, 600); else $('html, body').animate({ scrollTop: $(target).offset().top - 100 }, 600); });